Berita Sukan
Arif Aiman pemain yang luar biasa - Bidoglio

JOHOR BAHRU 9 Dis. - Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Hector Bidoglio menyifatkan Pemain Paling Bernilai (MVP) 2023, Arif Aiman Hanapi sebagai luar biasa.
Ia selepas bintang itu muncul wira selepas meledak hatrik ketika JDT membenam KL City FC 3-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.
Pemain itu mengambil masa 42 minit untuk melengkapkan jaringan hatrik selepas memulakan sentuhan penyudah pada minit ke-12 disusuli minit ke-35 dan kemudian menerusi sepakan penalti bagi menghadiahkan tiga mata buat penyandang juara Liga Super itu.
"Pada malam ini (malam tadi) dia (Arif Aiman) bermain sangat luar biasa bukan kerana dia menjaringkan hatrik, malah bermain secara berpasukan selain turut membantu ketika bertahan.
"Saya gembira melihatnya bermain dengan sangat bagus, ini kerana saya tahu bagaimana dia bekerja keras setiap hari bagi meningkatkan mutu permainannya. Tidak dinafikan dia adalah pemain terbaik," ujarnya.
Menurut pengendali kelahiran Argentina itu, bukan sahaja Arif Aiman malah keseluruhan pasukan juga melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin selepas mengharungi jadual perlawanan yang padat.
Jelasnya, kejayaan itu bukanlah mudah apabila pasukan lawan bermain secara kompak hingga menutup ruang buat pasukannya untuk mencipta peluang gol.
"Memandangkan kita akan berdepan lawan yang sama selepas ini (aksi Piala Malaysia), ada beberapa aspek yang perlu ditambah baik termasuklah sentuhan penyudah. Setiap peluang itu perlu diterjemahkan sebaiknya, ini antara yang perlu kita perbaiki lagi," kata Bidoglio.
JDT akan bertandang ke Kuala Lumpur bagi aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, Jumaat ini sebelum melayan kunjungan The City Boys bagi aksi timbal balik di Stadium Sultan Ibrahim, 21 Disember ini. - Sinar Harian
Berita berkaitan
April 8, 2025, 4:43 pm
Manchester United sah beraksi di Malaysia 28 Mei Ini
April 8, 2025, 10:48 am
Tewaskan Yemen 4-1, Indonesia cipta sejarah layak ke Piala Dunia
March 28, 2025, 1:13 pm
Jangan beri janji palsu, Hannah Yeoh tegur penaja gagal tunai janji insentif atlet...
March 25, 2025, 2:09 pm
Ahli majlis sepakat namakan Tengku Zafrul calon pilihan Presiden BAM 2025-2029
March 20, 2025, 10:52 am
Datin Anita Azrina dilantik Pengerusi baharu PSM, ganti Hans Isaac
March 17, 2025, 11:43 am
Selangor FC tewas kepada Kuching City, rekod tanpa kalah lebur
March 7, 2025, 2:56 pm
Harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2024-2025 kekal
March 3, 2025, 1:04 pm
JDT diingatkan kekal fokus menjelang aksi bertemu Buriram United
February 23, 2025, 1:57 pm
JDT hampir julang kejuaraan Liga Super kali ke-11, sedia hadapi Perak FC
February 20, 2025, 4:55 pm