Berita Jenayah
Lelaki seludup 16 pati cuba rasuah polis RM50,000 ditahan
KOTA BHARU 9 Dis - Seorang lelaki dipercayai ejen pemerdagangan manusia ditahan selepas cuba merasuah seorang anggota polis dengan wang tunai RM50,000 bagi mengelak tindakan terhadapnya dan 19 individu lain dalam satu operasi, Sabtu lalu.
Menurut Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, lelaki itu ditahan ketika membawa masuk 16 pendatang tanpa izin menggunakan tiga kenderaan bersama tiga tekong darat.
“Bertindak atas maklumat awam, pihak kami berjaya mengesan tiga kenderaan yang digunakan untuk mengangkut pendatang tanpa izin di dua lokasi iaitu di Jalan Sri Cemerlang dan berhampiran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa.
“Pemeriksaan mendapati 16 pendatang tanpa izin termasuk kanak-kanak berada dalam kenderaan itu bersama tiga tekong darat dan seorang ejen tempatan,” katanya.
Ketika dalam perjalanan ke balai polis, suspek tempatan cuba merasuah anggota PGA dengan RM50,000 bagi mengelak tindakan undang-undang.
Anggota PGA turut merampas tiga kenderaan, lapan telefon bimbit, serta wang tunai RM50,000. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM255,700.
Kesemua suspek tempatan dan pendatang tanpa izin itu diserahkan kepada Polis Kota Bharu untuk tindakan lanjut.
Nik Ros Azhan menegaskan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan manusia bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terus terpelihara. - Media Telus
Berita berkaitan
December 11, 2024, 12:04 pm
Polis cekup pasangan kekasih aktif curi tabung derma anak yatim di Melaka
December 5, 2024, 11:12 am
Lelaki dipercayai tikam ibu kandung hingga maut direman 7 hari
December 4, 2024, 12:15 pm
Guru rugi RM200,000 ditipu sindiket penyamaran
December 4, 2024, 10:11 am
Polis tembak mati 3 penjenayah terbabit kes bunuh
December 4, 2024, 10:04 am
Wanita ditahan dera anak kandung, simbah air panas hingga parah
December 3, 2024, 11:01 am
(VIDEO) Pemandu Honda Civic 'cucuk' ambulans ditahan
December 3, 2024, 10:23 am
Ingin keluar rumah, tinggal berasingan dipercayai punca Zahnita dipukul suami
December 2, 2024, 3:44 pm
Sindiket sorok dadah dalam bungkusan ubat cirit-birit elak dicekup polis
November 27, 2024, 5:50 pm