TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Banjir: Polis rekod kerugian RM1.55 juta, balai dan pondok polis tenggelam

By
|
Kongsi
image

PASIR MAS 4 Dis - Polis Kelantan merekodkan kerugian sebanyak RM1.55 juta selepas beberapa balai dan pondok polis ditenggelami banjir.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata ia meliputi 10 balai dan empat pondok polis yang tenggelam dan tidak dapat beroperasi sehingga kini.

"Ini adalah anggaran awal untuk gelombang banjir pertama di Kelantan sahaja memandangkan saya tidak mempunyai maklumat berkaitan negeri lain.

"Ini kerugian Polis Kelantan sahaja, belum lagi agensi lain. Walaupun balai polis terjejas namun tahap kawalan dan keselamatan tetap terjamin," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Pos Kawalan Operasi Bencana Banjir PDRM di Balai Polis Repek, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menggerakkan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk membantu proses pasca banjir di Kelantan.

+ - reset