Berita Berita
Skandal Jabatan Air Sabah: Bekas pengarah, isteri, bekas timbalan diperintah bela diri
KOTA KINABALU 4 Dis - Bekas Pengarah Jabatan Air Sabah, Ag Mohd Tahir Mohd Talib dan dua yang lain diperintahkan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini membela diri terhadap pelbagai pertuduhan pengubahan wang haram.
Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Manat, mengeluarkan perintah itu terhadap Ag Mohd Tahir, 62, isterinya, Fauziah Piut, 59, dan bekas timbalan pengarah, Lim Lam Beng, 70, selepas memutuskan bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.
Mahkamah menetapkan 26 hingga 28 Februari dan 28 hingga 30 April tahun depan sebagai tarikh pembelaan mereka.
Ketiga-tiga mereka dibicarakan bersama 37 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang tunai dan simpanan bank berjumlah RM61.57 juta, serta memiliki barang mewah
Pendakwaan mengemukakan 38 saksi.
Peguam yang mewakili Ag Mohd Tahir dan Fauziah, Datuk Ansari Abdullah berkata, pihaknya mungkin akan memanggil atau menemubual enam daripada saksi iaitu Tan Sri Pairin Kitingan, Datuk Raymond Tan, Teo Chek Ming, Datuk Felix Madan, Datuk Michael Emban, dan Datuk Peter Thien.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat, Haresh Prakash Somiah dan Zander Lim.
Selain Ansari, Ag Mohd Tahir dan Fauziah turut diwakili peguam Priskila Akwila Sinem manakala Datuk Tan Hock Chuan, Baldev Singh dan Kelvin Wong mewakili Lim.
Berita berkaitan
December 4, 2024, 4:48 pm
Banjir: Polis rekod kerugian RM1.55 juta, balai dan pondok polis tenggelam
December 4, 2024, 4:32 pm
Kalah saman fitnah, mahkamah arah Siti Mastura bayar Kit Siang, Teresa, Guan Eng RM815,000
December 4, 2024, 3:43 pm
Anwar bimbang gelombang kedua banjir, arah agensi berkait siap sedia
December 4, 2024, 3:35 pm
Henti sebar maklumat tak sahih, Saifuddin nafi MyKad milik 17 juta rakyat Malaysia bocor
December 4, 2024, 3:28 pm
Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (IKRM) 2023 Meningkat 0.7 Peratus
December 4, 2024, 3:28 pm
Mahkamah Rayuan benar Najib hadir prosiding pendengaran adendum esok
December 4, 2024, 3:12 pm
Guan Eng gesa BNM, KKM campur tangan premium insurans perubatan naik hingga 70 peratus
December 4, 2024, 3:01 pm