Berita Berita
Kalah saman fitnah, mahkamah arah Siti Mastura bayar Kit Siang, Teresa, Guan Eng RM815,000
GEORGETOWN 4 Dis - Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini memutuskan kenyataan Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad, yang didakwa mengaitkan veteran dan pemimpin DAP, Tan Sri Lim Kit Siang, Lim Guan Eng serta Teresa Kok mempunyai pertalian dengan komunis, sebagai fitnah dan tidak disokong bukti.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Quay Chew Soon, dalam keputusan penghakiman penuh mendapati Siti Mastura bertindak dengan niat jahat, dan pembelaan terhadap beliau berdasarkan alasan komen adil adalah tidak dapat diterima.
Justeru, mahkamah mengarahkan Siti Mastura membayar sebanyak RM300,000 kepada Kit Siang, Guan Eng (RM240,000) dan Teresa Kok (RM200,000), selain menetapkan RM25,000 dibayar kepada setiap plantif sebagai kos.
Media sebelum ini melaporkan ketiga-tiga plaintif memfailkan saman fitnah terhadap Siti Mastura berhubung ucapan beliau dalam ceramah Majlis Himpunan Muslimat dan Ameerah Pilihan Raya Kecil Kemaman (PRK) pada 4 November tahun lalu.
Melalui writ saman dan pernyataan tuntutan yang difailkan secara berasingan, mereka mendakwa Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) itu telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mempunyai pertalian dengan parti komunis dan ketuanya, Chin Peng, serta bekas Perdana Menteri pertama Singapura, mendiang Lee Kuan Yew.
Mereka mendakwa defendan telah membuat beberapa kenyataan yang merujuk secara langsung dan tidak langsung kepada ketiga-tiga plaintif, iaitu mereka mempunyai hubungan dengan parti komunis, dan menyokong serta mengamalkan selain menyebarkan ideologi dan falsafah komunisme dalam negara dalam ceramah itu.
Berita berkaitan
December 4, 2024, 4:48 pm
Banjir: Polis rekod kerugian RM1.55 juta, balai dan pondok polis tenggelam
December 4, 2024, 4:42 pm
Skandal Jabatan Air Sabah: Bekas pengarah, isteri, bekas timbalan diperintah bela diri
December 4, 2024, 3:43 pm
Anwar bimbang gelombang kedua banjir, arah agensi berkait siap sedia
December 4, 2024, 3:35 pm
Henti sebar maklumat tak sahih, Saifuddin nafi MyKad milik 17 juta rakyat Malaysia bocor
December 4, 2024, 3:28 pm
Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (IKRM) 2023 Meningkat 0.7 Peratus
December 4, 2024, 3:28 pm
Mahkamah Rayuan benar Najib hadir prosiding pendengaran adendum esok
December 4, 2024, 3:12 pm
Guan Eng gesa BNM, KKM campur tangan premium insurans perubatan naik hingga 70 peratus
December 4, 2024, 3:01 pm