Berita Berita
Henti sebar maklumat tak sahih, Saifuddin nafi MyKad milik 17 juta rakyat Malaysia bocor
JITRA 4 Dis - Kerajaan menafikan kebocoran data kad pengenalan atau MyKad milik 17 juta rakyat negara ini seperti didakwa di media sosial ketika ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasition Ismail, berkata pemeriksaan rapi yang dilakukan agensi keselamatan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung dakwaan itu mendapati ia tidak benar sama sekali.
Jelasnya, kerajaan memberi jaminan keselamatan data terutama MyKad terjamin dan sentiasa berada dalam keadaan selamat.
"Dakwaan itu timbul dari seorang pengguna media sosial yang pamerkan beberapa keping Mykad, tapi dia dakwa 17 juta. Saya segera semak dengan JPN dan Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan (NACSA) yang berfungsi sebagai pihak berkuasa keselamatan teknologi maklumat kerajaan dan kedua-duanya sahkan tiada insiden kebocoran dilaporkan.
"Kita minta orang ramai berhati-hati apabila terima maklumat sebegini, mudah sekali untuk sebarkan dengan papar beberapa keping dan beritahu 17 juta, saya harap perkara ini dihentikan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Terdahulu, Saifuddin hadir melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi yang menempatkan mangsa banjir sekitar kawasan Kepala Batas.
Berita berkaitan
December 4, 2024, 4:48 pm
Banjir: Polis rekod kerugian RM1.55 juta, balai dan pondok polis tenggelam
December 4, 2024, 4:42 pm
Skandal Jabatan Air Sabah: Bekas pengarah, isteri, bekas timbalan diperintah bela diri
December 4, 2024, 4:32 pm
Kalah saman fitnah, mahkamah arah Siti Mastura bayar Kit Siang, Teresa, Guan Eng RM815,000
December 4, 2024, 3:43 pm
Anwar bimbang gelombang kedua banjir, arah agensi berkait siap sedia
December 4, 2024, 3:28 pm
Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (IKRM) 2023 Meningkat 0.7 Peratus
December 4, 2024, 3:28 pm
Mahkamah Rayuan benar Najib hadir prosiding pendengaran adendum esok
December 4, 2024, 3:12 pm
Guan Eng gesa BNM, KKM campur tangan premium insurans perubatan naik hingga 70 peratus
December 4, 2024, 3:01 pm