TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Penduduk di Tumpat terkejut air banjir bertukar jadi merah

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 4 Dis – Penduduk di Kampung Telaga Bata, Tumpat, Kelantan terkejut apabila air merah seperti darah melimpah di sekeliling rumah Ahad lalu.

Penduduk, Mohd Azam Jusoh, 35, berkata perkara itu dimaklumkan isterinya, Habsah Ismail, 36, yang mendapati air di sekeliling rumah yang sebelum ini jernih tiba-tiba bertukar warna merah.

Katanya, kawasan rumahnya mula dinaiki air pada Khamis lalu akibat hujan dan limpahan Sungai Golok.

"Saya terkejut apabila isteri menunjukkan video yang merakamkan air bertukar warna merah di sekeliling rumah.

"Bagaimanapun pertukaran warna itu hanya sekejap iaitu kira-kira 15 minit sebelum kembali jernih," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Azam berkata, pada mulanya dia tidak mengetahui dari mana datang dan punca air menjadi merah, namun tidak lama kemudian baru dapat mengagak terdapat kilang sos cili tidak jauh dari rumahnya.

Menurutnya kilang sos cili itu sudah tidak beroperasi sejak enam tahun lalu dan kemungkinan besar warna merah itu adalah datang dari sos terbabit yang terkesan akibat banjir.

"Kilang sos itu terletak kira-kira 300 meter dari rumah dan mungkin warna merah itu datang dari sana," katanya.

+ - reset