Berita Jenayah
Guru rugi RM200,000 ditipu sindiket penyamaran
MUAR 4 Dis. - Seorang guru lelaki berusia 54 tahun kerugian hampir RM200,000 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket yang menyamar sebagai pegawai polis dan wakil syarikat utiliti.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata kejadian berlaku pada 24 November lalu sekitar jam 3 petang apabila mangsa menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa sebagai wakil syarikat utiliti.
"Suspek memberitahu mangsa bahawa dia terlibat dalam aktiviti mengubah suai meter elektrik dan mempunyai waran tangkap terhadapnya," katanya.
Panggilan itu kemudian disambungkan kepada seorang lagi suspek yang memperkenalkan diri sebagai pegawai polis. Suspek kedua mendakwa mangsa terbabit dalam kes pengubahan wang haram dan meminta sejumlah bayaran untuk membuktikan mangsa tidak bersalah.
"Oleh kerana rasa takut dan mempercayai dakwaan tersebut, mangsa membuat 19 transaksi berjumlah RM198,550 ke dalam lapan akaun bank berbeza," jelas Raiz Mukhliz.
Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar semalam.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Pihak polis juga mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dengan panggilan mencurigakan yang meminta wang atau maklumat peribadi.
"Jangan mudah terpedaya dengan panggilan daripada individu yang mendakwa diri mereka sebagai wakil syarikat atau pegawai penguat kuasa. Sebarang keraguan, rujuk kepada pihak berkuasa," tambah Raiz Mukhliz. - Media Telus
Berita berkaitan
December 4, 2024, 10:11 am
Polis tembak mati 3 penjenayah terbabit kes bunuh
December 4, 2024, 10:04 am
Wanita ditahan dera anak kandung, simbah air panas hingga parah
December 3, 2024, 11:01 am
(VIDEO) Pemandu Honda Civic 'cucuk' ambulans ditahan
December 3, 2024, 10:23 am
Ingin keluar rumah, tinggal berasingan dipercayai punca Zahnita dipukul suami
December 2, 2024, 3:44 pm
Sindiket sorok dadah dalam bungkusan ubat cirit-birit elak dicekup polis
November 27, 2024, 5:50 pm
Kastam gagalkan cubaan seludup minuman keras, beras basmathi bernilai RM2.09 juta
November 27, 2024, 1:14 pm
Remaja 18 tahun antara 361 individu ditahan polis terbabit kegiatan Ah Long
November 27, 2024, 11:01 am
Polis tahan lelaki serang individu tegur bunyi bising ekzos
November 26, 2024, 4:24 pm