Berita Dunia
Penamatan undang-undang tentera, rakyat Malaysia di Korea Selatan dinasihat berjaga-jaga
PUTRAJAYA 4 Dis - Rakyat Malaysia yang menetap atau melawat Korea Selatan dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mengikuti panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan, menurut Kementerian Luar Negeri.
Kementerian dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan situasi di Korea Selatan kembali normal selepas undang-undang tentera ditarik balik di seluruh negara.
"Bagi memastikan maklumat terkini dan bantuan tepat pada masanya, rakyat Malaysia di Korea Selatan dinasihatkan untuk mendaftar melalui E-Konsular," menurut kenyataan itu.
Bagi mereka yang memerlukan bantuan konsular, Kedutaan Malaysia di Seoul boleh dihubungi di alamat 129, Dokseodang-ro Hannam-dong, Yongsan-gu, Seoul 04419, atau melalui talian +82-2-2077 8600 atau +82-2-794 5488, atau menerusi e-mel mwseoul@kln.gov.my.
Kementerian akan terus memantau keadaan dengan teliti, menurut kenyataan itu.
Terdahulu, Agensi Berita Yonhap melaporkan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol mengumumkan penamatan undang-undang tentera awal pagi Rabu, selepas Dewan Negara meluluskan usul bagi menuntut penamatannya.
Kabinet meluluskan usul terbabit pada 4.30 pagi (waktu tempatan), kira-kira enam jam selepas Yoon mengisytiharkan undang-undang tentera itu dengan alasan pihak pembangkang "melumpuhkan" kerajaan melalui aktiviti anti-negara.
Keputusan itu menimbulkan kebimbangan di dalam dan luar negara.
Ketua Turus Bersama mengesahkan bahawa pasukan yang dikerahkan untuk melaksanakan undang-undang tentera telah kembali ke pangkalan masing-masing, memulihkan keadaan seperti sediakala. – BERNAMA
Berita berkaitan
December 2, 2024, 12:19 pm
Trump lantik Massad Boulos penasihat Asia Barat
November 22, 2024, 1:00 pm
ICC keluar waran tangkap ke atas Netanyahu
November 6, 2024, 5:16 pm
Trump menang Presiden Amerika Syarikat sekali lagi
November 1, 2024, 10:27 am
Angka korban ribut 'dahsyat' di Sepanyol cecah 158 orang
October 30, 2024, 9:54 pm
Wanita maut terjatuh dari tangga pesawat
October 24, 2024, 11:02 am
Hizbullah hantar peluru berpandu balas serangan paling ganas Israel
October 23, 2024, 11:55 am
Guru sambilan dipenjara kerana tegur anak polis
October 16, 2024, 12:38 pm
Terima rasuah, Hakim Mahkamah Agung dipenjara 10 tahun
October 4, 2024, 3:16 pm