Berita Jenayah
Polis tembak mati 3 penjenayah terbabit kes bunuh
PENAMPANG 4 Dis - Polis menembak mati tiga penjenayah dalam kejadian berbalas tembakan di Beverly Hill di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.13 malam, ketiga-tiga suspek lelaki itu dipercayai terbabit dalam beberapa aktiviti jenayah, termasuk kes bunuh.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah, Datuk Azmi Abdul Rahim, berkata bertindak atas maklumat sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah D9 (Siasatan Khas) JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah menyerbu sebuah rumah di sebuah apartment di tingkat satu.
"Ketika serbuan dilakukan, berlaku tembak-menembak di antara ketiga-tiga suspek dengan anggota polis.
"Bagaimanapun, anggota kita berjaya menembak mati ketiga-tiga penjenayah berkenaan," katanya dalam laporan Berita Harian.
Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.
"Ketiga-tiga penjenayah ini dipercayai terbabit dalam beberapa kes jenayah, termasuk kes bunuh di Sarawak," katanya.
Sepasukan anggota Unit Forensik IPK Sabah turut berada di lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut.
Berita berkaitan
December 4, 2024, 12:15 pm
Guru rugi RM200,000 ditipu sindiket penyamaran
December 4, 2024, 10:04 am
Wanita ditahan dera anak kandung, simbah air panas hingga parah
December 3, 2024, 11:01 am
(VIDEO) Pemandu Honda Civic 'cucuk' ambulans ditahan
December 3, 2024, 10:23 am
Ingin keluar rumah, tinggal berasingan dipercayai punca Zahnita dipukul suami
December 2, 2024, 3:44 pm
Sindiket sorok dadah dalam bungkusan ubat cirit-birit elak dicekup polis
November 27, 2024, 5:50 pm
Kastam gagalkan cubaan seludup minuman keras, beras basmathi bernilai RM2.09 juta
November 27, 2024, 1:14 pm
Remaja 18 tahun antara 361 individu ditahan polis terbabit kegiatan Ah Long
November 27, 2024, 11:01 am
Polis tahan lelaki serang individu tegur bunyi bising ekzos
November 26, 2024, 4:24 pm