TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Wanita ditahan dera anak kandung, simbah air panas hingga parah

By
|
Kongsi
image

KLUANG 4 Dis - Polis menahan seorang suri rumah kerana disyaki mendera anak kandung perempuannya yang berusia 10 tahun dengan menyimbah air panas sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah di Kampung Tengah, di sini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata suspek berusia 32 tahun itu ditahan di sebuah rumah di kampung terbabit pada jam 12.15 tengah malam tadi.

"Polis dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh guru besar sekolah mangsa pada Khamis lepas, selepas seorang pelajar perempuan didapati telah disimbah air panas sehingga menyebabkan kesan melecur yang teruk di bahagian belakang badan.

"Pemeriksaan lanjut oleh pengadu turut mendapati terdapat kesan lebam di kaki kanan dan pipi kiri serta kesan lecur di kaki kiri kanak-kanak tersebut," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut di hospital mengesahkan mangsa mengalami kecederaan akibat penderaan yang didakwa dilakukan oleh ibu kandungnya.

"Kesan kecederaan termasuk luka lecur telah mula sembuh di bahagian belakang badan,"katanya.

Katanya suspek kini ditahan reman selama enam hari bermula hari ini sehingga Ahad dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

+ - reset