Berita Berita
PGIRM desak kerajaan luluskan pengeluaran Akaun 1 KWSP secara besasar
KUALA LUMPUR 3 Dis - Presiden Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM), Azmi Mohd Tahir, tampil menggesa kerajaan agar meluluskan pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar demi membantu pencarum yang tercicir dan terdesak.
PGIRM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menerima banyak aduan daripada pencarum yang mendakwa tidak mendapat pembelaan sewajarnya melalui inisiatif pengeluaran fleksibel sebelum ini.
Azmi menegaskan bahawa inisiatif sedia ada seperti pemindahan dari Akaun 2 atau pengeluaran fleksibel hanya memanfaatkan mereka yang masih mencarum dan mempunyai baki yang mencukupi, sedangkan ramai pencarum lain tidak memenuhi syarat tersebut.
"Ramai pencarum yang mempunyai baki kurang RM10,000, atau langsung tiada baki dalam Akaun 2, terus tercicir daripada inisiatif kerajaan,” kata Azmi.
Beliau turut menyenaraikan beberapa kumpulan utama pencarum yang amat memerlukan pengeluaran dari Akaun 1, termasuk:
-
Surirumah – Bagi membantu keluarga terutama suami yang sakit kronik.
-
Ibu tunggal – Untuk menanggung kos sara hidup dan pendidikan anak-anak.
-
Pencarum yang diberhentikan kerja – Golongan berusia pertengahan yang kini menghadapi kesukaran mendapatkan pekerjaan tetap.
-
Peniaga kecil – Yang memerlukan modal tambahan untuk memperbaiki perniagaan mereka.
-
Pekerja berpendapatan rendah – Yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup selepas pandemik.
Azmi menyeru kerajaan dan pihak KWSP agar memberikan keadilan yang setimpal kepada semua pencarum.
"Ini adalah wang simpanan mereka sendiri, hasil titik peluh bertahun-tahun. Pencarum yang sah wajar diberikan hak sama rata tanpa perlu bergantung kepada kantung kerajaan,” katanya lagi.
PGIRM berharap desakan ini mendapat perhatian segera pihak kerajaan demi memastikan kebajikan rakyat, terutama mereka yang terkesan, terus terbela. - Media Telus
Berita berkaitan
December 4, 2024, 3:43 pm
Anwar bimbang gelombang kedua banjir, arah agensi berkait siap sedia
December 4, 2024, 3:35 pm
Henti sebar maklumat tak sahih, Saifuddin nafi MyKad milik 17 juta rakyat Malaysia bocor
December 4, 2024, 3:28 pm
Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (IKRM) 2023 Meningkat 0.7 Peratus
December 4, 2024, 3:28 pm
Mahkamah Rayuan benar Najib hadir prosiding pendengaran adendum esok
December 4, 2024, 3:12 pm
Guan Eng gesa BNM, KKM campur tangan premium insurans perubatan naik hingga 70 peratus
December 4, 2024, 3:01 pm
Kes bunuh Zaharif: 8 tulang rusuk patah, hati pecah dan abdomen parah punca kematian - Forensik
December 4, 2024, 3:00 pm
Peniaga Palestin sumbang shawarma buat mangsa banjir
December 4, 2024, 2:50 pm
MARA sedia latihan TVET untuk pekerja ekonomi Gig
December 4, 2024, 2:46 pm