Berita Berita
PM zahir penghargaan yang turun bantu mangsa banjir seluruh negara
KUALA LUMPUR 3 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada jentera kerajaan termasuk 80,000 penjawat awam yang turun membantu mangsa banjir di seluruh negara.
Beliau berkata kerjasama padu antara seluruh jentera Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri antaranya Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Sukarelawan Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan, merupakan satu petanda yang sangat positif dalam menghadapi malapetaka.
Malah, beliau turut memuji penglibatan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLICS), syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO), termasuk puluhan ribu sukarelawan yang telah turun membantu.
"Sementara kita hadapi masalah, kita melihat semangat kesatuan rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum, pelbagai daerah dan negeri itu sungguh luar biasa.
"Saya ingin merakamkan penghargaan yang setinggi tingginya kepada mereka," kata beliau pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar berkata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar juga sedang mengetuai pasukan Skuad Insan MADANI, bagi membantu proses pembersihan selepas situasi banjir kembali reda.
Katanya, penyelarasan banjir oleh Majlis Keselamatan Negara (NADMA) pada kali ini yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, juga sangat memuaskan.
"Saya juga menghargai kerana persiapannya berbulan-bulan sebelum itu. Mesyuarat di Persekutuan, kerajaan negeri dan wakil-wakil daerah dan ini menyebabkan langkah-langkah diambil seperti yang saya saksikan sendiri di Terengganu dan daripada rakan-rakan lain saksikan di Kelantan sangat memuaskan," kata.
Setakat pagi ini, jumlah mangsa banjir di lapan negeri terjejas menurun kepada 94,636 orang berbanding 99,823 orang malam tadi, manakala angka kematian akibat banjir yang telah dilaporkan kekal pada tujuh orang. - Bernama
Berita berkaitan
December 4, 2024, 4:42 pm
Skandal Jabatan Air Sabah: Bekas pengarah, isteri, bekas timbalan diperintah bela diri
December 4, 2024, 4:32 pm
Kalah saman fitnah, mahkamah arah Siti Mastura bayar Kit Siang, Teresa, Guan Eng RM815,000
December 4, 2024, 3:43 pm
Anwar bimbang gelombang kedua banjir, arah agensi berkait siap sedia
December 4, 2024, 3:35 pm
Henti sebar maklumat tak sahih, Saifuddin nafi MyKad milik 17 juta rakyat Malaysia bocor
December 4, 2024, 3:28 pm
Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (IKRM) 2023 Meningkat 0.7 Peratus
December 4, 2024, 3:28 pm
Mahkamah Rayuan benar Najib hadir prosiding pendengaran adendum esok
December 4, 2024, 3:12 pm
Guan Eng gesa BNM, KKM campur tangan premium insurans perubatan naik hingga 70 peratus
December 4, 2024, 3:01 pm
Kes bunuh Zaharif: 8 tulang rusuk patah, hati pecah dan abdomen parah punca kematian - Forensik
December 4, 2024, 3:00 pm