TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

(VIDEO) Pemandu Honda Civic 'cucuk' ambulans ditahan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 3 Dis. - Seorang lelaki yang memandu kereta Honda Civic telah ditahan selepas aksinya mengekori rapat sebuah ambulans di Kilometer 15, Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pemandu berusia 28 tahun itu ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada pukul 11 malam tadi.

KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH

“Polis mengesan video yang menunjukkan sebuah Honda Civic dan motosikal jenis Yamaha MT-15 mengekori ambulans dalam keadaan membahayakan pengguna jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohd Iqbal, usaha mengesan penunggang motosikal tersebut sedang giat dijalankan. Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman bagi kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan.

Beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Shah Alam, Inspektor Zaharizul Zamri, di talian 019-3229097.

Mohd Iqbal turut menasihatkan orang ramai supaya memberikan laluan kepada kenderaan kecemasan dan tidak mengekori rapat. "Tindakan ini boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain," katanya.

Tindakan pantas pihak polis diharap dapat memberikan pengajaran kepada semua pihak agar mematuhi peraturan jalan raya, terutamanya ketika berhadapan dengan kenderaan kecemasan. - Media Telus

+ - reset