Berita Berita
Fadillah terima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Pemimpin Islam Terbilang Dunia
KUALA LUMPUR 3 Dis. - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof telah menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Pemimpin Islam Terbilang Dunia daripada Forum Kepimpinan Muslim Sedunia (WMLF) yang mengiktiraf kepimpinan dan komitmen teguh beliau dalam memajukan pembangunan mampan.
Anugerah itu disampaikan oleh Pengerusi WMLF Datuk Seri Mohamed Iqbal Rawther dan Presiden Institut Strategik KSI bagi Asia Pasifik Tan Sri Michael Yeoh di Parlimen hari ini kerana Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, tidak dapat menerimanya di forum itu yang berlangsung di London, United Kingdom pada 22 Nov lepas.
Anugerah itu juga bagi mengiktiraf usaha tanpa jemu Fadillah dalam memupuk perpaduan dan kemajuan merentasi pelbagai sektor.
Mohamed Iqbal, menerusi kenyataan hari ini, memaklumkan bahawa dedikasi Fadillah mempromosi kemampanan, perpaduan dan kepimpinan dalam dunia Islam benarbenar memberikan inspirasi.
“Visi dan usaha beliau mencerminkan cita-cita WMLF dan anugerah ini adalah bukti kepada impak berkekalannya dalam memupuk penyelesaian yang dipacu oleh pembangunan yang memberi manfaat kepada komuniti di seluruh dunia,” katanya.
Edisi ke-13 WMLF yang bertema Muslim Leadership in Challenging Times: Fostering Inclusivity and Sustainability, menghimpunkan para pemimpin, penggubal dasar, cendekiawan, usahawan dan inovator daripada dunia Islam untuk meneroka strategi bagi memanfaatkan pembangunan ke arah memajukan matlamat pembangunan mampan (SDG).
Dianjurkan bersama oleh KSI, forum itu menekankan bidang kritikal seperti kesaksamaan jantina, pemerkasaan golongan belia, perubahan iklim dan pembinaan keamanan dalam perbincangannya. - Bernama
Berita berkaitan
December 11, 2024, 10:41 am
MBSA larang jual daging babi, makanan tidak halal di pasar malam
December 10, 2024, 4:26 pm
Kes kematian Zaharif: Pegawai penyiasat mengaku padam 2 video perlanggaran
December 10, 2024, 4:19 pm
Siasatan Roger Ng berhubung skandal 1MDB masih diteruskan
December 10, 2024, 4:12 pm
Edar dadah, bekas pemandu van dihukum penjara seumur hidup
December 10, 2024, 4:06 pm
Sejuta ahli KWSP telah buat caruman sukarela berjumlah RM11.16 billion setakat Oktober
December 10, 2024, 3:58 pm
Bantuan khas kewangan RM2,000 untuk penjawat awam Perlis
December 10, 2024, 3:43 pm
Pelanggan tikam pemilik bengkel hingga parah selepas baiki kereta di Subang Jaya
December 10, 2024, 3:33 pm
Isu Batu Puteh: Polis tak terima laporan ke atas Tun M setakat ini
December 10, 2024, 3:25 pm
1MDB: Najib nafi pelaburan, projek 1MDB untuk kepentingan diri, UMNO
December 10, 2024, 3:15 pm