Berita Berita
Anggota tentera lemas, seorang masih hilang dihanyut arus deras ketika operasi di Gerik
GERIK 2 Dis - Seorang anggota tentera ditemui lemas sementara seorang lagi masih hilang dipercayai dihanyutkan arus deras semasa menyeberangi Sungai Merah, sewaktu menjalankan tugas gerakan operasi di hutan Royal Belum, di sini.
Difahamkan, mangsa yang ditemukan lemas dikenal pasti sebagai Lans Koperal Mohd Afandi Jahwin, 20-an, manakala Lans Koperal Ahmad Zulhilmi Ahmad Tamizi, 20-an, masih hilang.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood, berkata laporan berhubung insiden menimpa dua anggota tentera itu diterima jam 8.56 pagi tadi.
Katanya, siasatan awal mendapati dua mangsa berkenaan bersama tujuh lagi anggota tentera yang lain cuba menyeberang Sungai Merah kira-kira jam 6 petang Jumaat lalu, namun dua mangsa berkenaan gagal menyeberangi sungai berkenaan dengan keadaan arus deras.
Katanya, berdasarkan laporan diterima, dua lelaki berkenaan dipercayai lemas di kawasan Royal Belum semasa menjalankan tugas gerakan Operasi Kota Echo/Foxtrot.
"Susulan itu penyelarasan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Satu mangsa sudah ditemui meninggal dunia akibat lemas, manakala seorang lagi mangsa masih belum ditemui," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Berita berkaitan
December 4, 2024, 4:42 pm
Skandal Jabatan Air Sabah: Bekas pengarah, isteri, bekas timbalan diperintah bela diri
December 4, 2024, 4:32 pm
Kalah saman fitnah, mahkamah arah Siti Mastura bayar Kit Siang, Teresa, Guan Eng RM815,000
December 4, 2024, 3:43 pm
Anwar bimbang gelombang kedua banjir, arah agensi berkait siap sedia
December 4, 2024, 3:35 pm
Henti sebar maklumat tak sahih, Saifuddin nafi MyKad milik 17 juta rakyat Malaysia bocor
December 4, 2024, 3:28 pm
Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (IKRM) 2023 Meningkat 0.7 Peratus
December 4, 2024, 3:28 pm
Mahkamah Rayuan benar Najib hadir prosiding pendengaran adendum esok
December 4, 2024, 3:12 pm
Guan Eng gesa BNM, KKM campur tangan premium insurans perubatan naik hingga 70 peratus
December 4, 2024, 3:01 pm
Kes bunuh Zaharif: 8 tulang rusuk patah, hati pecah dan abdomen parah punca kematian - Forensik
December 4, 2024, 3:00 pm