Berita Berita
Lelaki dikhuatiri lemas, motosikal ditunggang dihanyut arus di Felda Kerteh 3
DUNGUN 2 Dis. - Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas motosikal yang ditunggangnya dihanyutkan arus ketika cuba menyeberang laluan utama yang dinaiki air di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Kerteh 3, dekat Dungun, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir yang mengesahkan kejadian sekitar pukul 5 pagi semalam itu berkata lelaki berkenaan yang berumur 36 tahun bersama dua rakannya memasuki kawasan ladang itu pada hari Sabtu sekitar pukul 5 petang.
Beliau berkata dalam perjalanan pulang, dua rakannya berjaya menyeberang jalan yang dinaiki air dengan menaiki lori, namun motosikal yang ditunggang lelaki itu tiba-tiba dihanyutkan arus deras sebelum terus hilang.
“Rakannya yang menyedari kejadian itu cuba membantu, namun mangsa kemudiannya tidak lagi kelihatan,” katanya.
Maizura berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan pada pukul 7 pagi tadi melibatkan agensi daripada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta bantuan penduduk kampung,” katanya dan menambah motosikal lelaki itu telah ditemukan di sekitar lokasi kejadian. - Bernama
Berita berkaitan
December 4, 2024, 3:43 pm
Anwar bimbang gelombang kedua banjir, arah agensi berkait siap sedia
December 4, 2024, 3:35 pm
Henti sebar maklumat tak sahih, Saifuddin nafi MyKad milik 17 juta rakyat Malaysia bocor
December 4, 2024, 3:28 pm
Indeks Kesejahteraan Rakyat Malaysia (IKRM) 2023 Meningkat 0.7 Peratus
December 4, 2024, 3:28 pm
Mahkamah Rayuan benar Najib hadir prosiding pendengaran adendum esok
December 4, 2024, 3:12 pm
Guan Eng gesa BNM, KKM campur tangan premium insurans perubatan naik hingga 70 peratus
December 4, 2024, 3:01 pm
Kes bunuh Zaharif: 8 tulang rusuk patah, hati pecah dan abdomen parah punca kematian - Forensik
December 4, 2024, 3:00 pm
Peniaga Palestin sumbang shawarma buat mangsa banjir
December 4, 2024, 2:50 pm
MARA sedia latihan TVET untuk pekerja ekonomi Gig
December 4, 2024, 2:46 pm