Berita Hiburan
Legenda muzik negara, Ahmad Nawab meninggal dunia
KUALA LUMPUR 24 Nov. - Legenda muzik, Tan Sri Ahmad Nawab, 92, meninggal dunia di kediaman di Taman Melewar, Batu Caves di sini, pada jam 3.15 petang tadi.
Berita sedih pemergian Allahyarham Ahmad Nawab atau nama penuh, Ahmad Khan Nawab Khan itu disahkan cucunya, Khairul Hafis Khan.
Khairul Hafis berkata, datuknya tidak mempunyai penyakit kronik, namun, keadaannya lemah selepas dibenarkan pulang daripada rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), bulan lalu.
"Bulan lalu, kami bawa datuk ke IJN sebab beliau sesak nafas. Selepas dibenarkan pulang, keadaan datuk okay, tetapi, agak lemah.
"Tadi, selepas datuk ke tandas, beliau lemah dan tidak sedar. Emak telefon saya suruh datang. Setibanya saya, datuk sudah tiada. Kalau hendak kata datuk sakit kronik... Tiada penyakit kronik," katanya ketika dihubungi BH Online di sini, hari ini.
Hafis berkata, pengebumian arwah datuk mungkin disempurnakan, pagi esok.
"Pengebumian datuk insya-Allah esok pagi... Kemungkinan di Tanah perkuburan di Taman Samudera," katanya.
Berita berkaitan
December 3, 2024, 10:50 am
WHAM dan FINAS anjur program Intuisi Evolusi Emas Sempena FFM33
November 25, 2024, 12:24 pm
Gebyar Nusantara 2024: Rai seni, warisan, dan pelancongan Indonesia di Kuala Lumpur
November 25, 2024, 10:31 am
Buat galeri untuk kenang jasa Allahyarham Ahmad Nawab
November 22, 2024, 10:42 pm
Shah Rukh Khan ada di KL, lancar syarikat Bin Zayed International
November 21, 2024, 11:16 am
Ernie Zakri tempah nama di Indonesia, tewaskan Rossa, Afgan
November 20, 2024, 2:40 pm
AR Rahman, isteri umum berpisah selepas hampir 30 tahun berkahwin
November 14, 2024, 4:51 pm
Siti Nurhaliza tampil single baharu hasil kolaborasi istimewa Erwin, Gita Gutawa
November 14, 2024, 11:40 am
Siti Nurhaliza dinobat Biduanita Negara
November 12, 2024, 1:01 pm