TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Gurau kasar ‘tumbuk bahu’ Norazlinah, Sarifuddin minta maaf

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merotai, Sarifuddin Hata memohon maaf kerana bergurau kasar dengan 'menumbuk' bahu wakil rakyat Kunak, Datuk Norazlinah Arif, Rabu lalu.

Permohonan maaf disampaikan Sarifuddin melalui komen di Facebook susulan muat naik mengenai kejadian itu oleh Norazlinah.

Kejadian berlaku di kawasan lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ketika dua ADUN berkenaan yang selesai menjalani persidangan sedang berjalan dan dikatakan berselisih kira-kira jam 8 malam.

Satu laporan polis turut dibuat Norazlinah di Balai Polis Tanjung Aru di Kota Kinabalu susulan kejadian itu.

Disyorkan"Minta maaf ya fren (kawan). Gurauan saya mungkin kasar. Tiada niat menyakiti. Terburu-buru berlari saya ditunggu wartawan. Masa saya tepuk bahu sambil saya berlari... harap maafkan saya," kata ADUN Merotai daripada WARISAN itu melalui komen terbabit.

Sementara itu, Norazlinah yang mengumumkan keluar WARISAN dan kini menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS) melalui catatan di Facebook, memaklumkan beliau dan suami memaafkan tindakan ADUN Merotai itu.

"Moga budaya gurauan kasar dan tidak menjaga adab sesama bukan muhrim tidak menjadi amalan kita. Mari kita jadikan insiden ini sebagai iktibar," katanya.

+ - reset