Berita Berita
4 ditahan memandu bawah pengaruh alkohol
JOHOR BAHRU 24 Nov. - Polis menahan empat individu kerana dipercayai memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk pada awal pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, operasi di Jalan Persiaran Desa Tebrau dan Jalan Eco Cascadia 6, Setia Indah itu bermula jam 1 pagi.
"Semua pemandu lelaki berusia 22 hingga 41 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Semua suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis dan akan didakwa di mahkamah," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurut beliau, dalam operasi itu, sebanyak 90 kenderaan diperiksa dengan 25 saman dikeluarkan membabitkan 38 kesalahan.
Katanya, antara kesalahan dikesan termasuk tiada lesen memandu, nombor plat tidak mengikut spesifikasi dan ubah suai ekzos. - Sinar Harian
Berita berkaitan
November 24, 2024, 4:11 pm
Sanusi lebih layak jadi calon PM Pas
November 24, 2024, 3:45 pm
Penguatkuasaan papan tanda dwibahasa di ibu negara cetus persepsi negatif pelancong - Menteri
November 24, 2024, 3:25 pm
Gurau kasar ‘tumbuk bahu’ Norazlinah, Sarifuddin minta maaf
November 24, 2024, 10:44 am
Waktu kerja empat hari setengah tertakluk pada justifikasi kerajaan negeri
November 23, 2024, 12:32 pm
Kenaikan tambang bas sekolah tak boleh dielak
November 23, 2024, 12:07 pm
3 termasuk dua aggota polis cedera, kereta peronda dirempuh pacuan empat roda
November 23, 2024, 11:48 am
Mangsa banjir di Semenanjung meningkat, Terengganu paling terkesan
November 22, 2024, 11:08 pm
Pembentangan RUU Pekerja Gig bulan depan ditangguh - Fahmi
November 22, 2024, 10:33 pm