TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

3 termasuk dua aggota polis cedera, kereta peronda dirempuh pacuan empat roda

By
|
Kongsi
image

PETALING JAYA 23 Nov - Tiga individu, termasuk dua anggota polis, cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 74.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur awal pagi Sabtu.

Kemalangan yang berlaku sekitar jam 3.25 pagi itu melibatkan sebuah kereta peronda polis dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai, berkata pemandu kereta peronda, Koperal Mohd Razif Hamzah, 38, mengalami kecederaan parah di tangan kiri, manakala penumpang, Sarjan Mohd Azzuhair Hafifi Azman, 29, mengalami kecederaan di bahagian dada. Pemandu pacuan empat roda berusia 48 tahun juga cedera di bahagian dada.

"Berdasarkan siasatan awal, kejadian berlaku ketika kereta peronda dalam perjalanan dari Jabatan Penguatkuasaan dan Siasatan Trafik Maran ke Jengka 19 untuk menyiasat kemalangan lain.

"Ketika tiba di lokasi, kenderaan pacuan empat roda dari arah bertentangan tiba-tiba hilang kawalan dan memasuki lorong kereta peronda, menyebabkan pertembungan secara berdepan," katanya.

Akibat perlanggaran tersebut, semua mangsa cedera dan telah dikejarkan ke Hospital Temerloh untuk rawatan lanjut.

Superintendan Wong menambah, siasatan masih diteruskan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Media Telus

+ - reset