Berita Berita
Pembentangan RUU Pekerja Gig bulan depan ditangguh - Fahmi
PUTRAJAYA 22 Nov - Kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig yang dijadualkan pada bulan depan, bagi membolehkan lebih banyak sesi libat urus diadakan.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, berkata perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, pada mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.
"Saya sahkan bahawa ada dibincangkan perkara ini dan memang Jemaah Menteri dimaklumkan bahawa Menteri Sumber Manusia berhasrat untuk menangguhkan dahulu (pembentangan RUU Pekerja Gig).
"Ia untuk memberi ruang dan peluang bagi lebih banyak proses libat urus dengan pelbagai pihak," katanya pada sidang media pascamesyuarat Kabinet, di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan akta baharu berkaitan pekerja sektor gig akan dibentangkan buat kali pertama di Dewan Rakyat, Disember depan.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, dipetik berkata akta itu sudah pada peringkat draf akhir untuk pembentangan.
Bagaimanapun, semalam, platform ekonomi gig dilaporkan menggesa kerajaan melaksanakan dialog kolaboratif sebelum penggubalan RUU Pekerja Gig dilakukan.
Foodpanda, GoGet, Grab, Halo Delivery, Kiddocare dan Lalamove melalui satu kenyataan bersama menjelaskan bahawa sebagai pemegang taruh utama dalam ekonomi gig Malaysia, usaha kerajaan dalam mencadangkan RUU Pekerja Gig adalah sangat dihargai.
Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, platform utama bimbang pemain industri mahupun pekerja gig tidak diberi ruang untuk perundingan yang mencukupi di mana draf penuh cadangan pindaan tidak dikongsi dan proses maklum balas juga sangat terhad.
Berita berkaitan
November 23, 2024, 12:32 pm
Kenaikan tambang bas sekolah tak boleh dielak
November 23, 2024, 12:07 pm
3 termasuk dua aggota polis cedera, kereta peronda dirempuh pacuan empat roda
November 23, 2024, 11:48 am
Mangsa banjir di Semenanjung meningkat, Terengganu paling terkesan
November 22, 2024, 10:33 pm
SPRM teruskan siasatan, jejak kewangan aset Tun Daim
November 22, 2024, 2:51 pm
Lelaki korek bebola mata ketika gaduh mengaku bersalah
November 22, 2024, 2:33 pm
Waran tangkap terhadap PM Israel satu kemenangan - Anwar
November 22, 2024, 2:14 pm
Guna dron pantau anggota, pegawai polis 'curi tulang', main golf ketika bertugas
November 22, 2024, 1:36 pm
8 guni ubat haiwan seludup bernilai RM434,200 ditemui di tebing Sungai Golok
November 22, 2024, 1:13 pm