TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Hiburan

Shah Rukh Khan ada di KL, lancar syarikat Bin Zayed International

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 22 Nov - Bintang Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan hari ini berada di Malaysia bagi meraikan majlis pelancaran syarikat Bin Zayed International (BZI), di Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur.

Kunjungan pelakon berusia 59 tahun itu menambah kemeriahan acara yang diadakan sempena kehadiran syarikat antarabangsa itu di negara ini. 

"Adalah satu keistimewaan bagi saya untuk menjadi sebahagian daripada perayaan Bin Zayed International Malaysia, satu perjalanan baharu untuk syarikat ini. 

"Sejak penubuhannya, mereka telah bergerak, berkembang secara serantau dan global dengan pantas. Di mana sahaja mereka berada, kemakmuran mengikuti," katanya berucap merasmikan pembukaan pejabat itu, di sini, hari ini.

Shah Rukh Khan berkata, komitmen BZI untuk memajukan pertumbuhan ekonomi di seluruh dunia dan membina masa depan yang lebih cerah memberi inspirasi kepadanya.

"Saya yakin Malaysia dan Asia Tenggara kini akan mendapat manfaat yang besar daripada kehadiran BZI di sini. 

"Usaha baharu ini adalah bukti janji kerjasama dan inovasi dan pengembangan ini mencerminkan dedikasi BZI dalam berkongsi idea melangkaui sempadan serta mencipta peluang baru yang memperkasa seluruh komuniti," katanya. 

Beliau berkata, di tengah-tengah cabaran dunia hari ini, acara ini juga menonjolkan satu fakta penting iaitu kemajuan hanya berkuasa apabila ia dikongsi.

"Dalam semangat ini, saya percaya BZI akan mencetuskan kemajuan sebegini di rantau ini dan seterusnya.

"Tahniah kepada semua di BZI kerana mencapai kejayaan luar biasa ini. Saya mengucapkan selamat maju jaya dan berharap kejayaan berterusan kepada anda dalam memberi impak yang bermakna di seluruh dunia.

"Komitmen mereka untuk merangsang pertumbuhan ekonomi di seluruh dunia dan membina masa depan yang lebih cerah sememangnya patut dipuji," katanya. 

+ - reset