TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Waran tangkap terhadap PM Israel satu kemenangan - Anwar

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA: Malaysia menyifatkan waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant sebagai kemenangan kepada mereka yang menegakkan keadilan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata keputusan itu amat wajar kerana ia dibuat berdasarkan undang-undang dan bukti.

"(Keputusan) ICC wajar kerana ia berlandaskan hukum dan bukti mengenai kezaliman penindasan serta pembunuhan berterusan. 

"Jadi kita alu-alukan keputusan itu dan setuju dengan tindakan bahawa kalau ada mana-mana lawatan dia (Netanyahu dan Gallant) ke luar (negara, mereka harus ditangkap," katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Husna Presint 9 di sini, hari ini.

+ - reset