TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

8 guni ubat haiwan seludup bernilai RM434,200 ditemui di tebing Sungai Golok

By
|
Kongsi
image

KOTA BHARU 22 Nov – Polis menemui lapan bungkusan guni yang mengandungi pelbagai jenis ubat haiwan di tebing Sungai Golok di Pangkalan Haram Simpangan, Pengkalan Kubor, Tumpat, dekat sini, semalam.

Kesemua ubat haiwan dipercayai diseludup dari Thailand itu dianggarkan bernilai RM434,200.

Komander Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, bungkusan guni itu ditemukan jam 3.30 petang ketika rondaan dibuat oleh Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) dalam Op Taring Wawasan.

"Hasil pemeriksaan mendapati pelbagai jenis ubat haiwan dipercayai dibawa masuk dari Thailand itu tidak mempunyai dokumen yang sah.

"Ubat-ubatan ini disyaki untuk pasaran tempatan. Rampasan dibawa ke Komtak Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya bagi siasatan mengikut Seksyen 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, Nik Ros Azhan berkata, sejumlah kotak yang berisi produk kecantikan tanpa dokumen sah turut ditemui di Pangkalan Haram Epek, Rantau Panjang, dekat sini, tengah hari semalam.

Beliau berkata, sebanyak 96 botol krim pelangsing badan dipercayai diseludup dari Thailand dirampas dengan anggaran nilai RM9,600.

+ - reset