Berita Berita
9 jam hujan tanpa henti, Setiu kembali banjir
KUALA TERENGGANU 22 Nov – Setiu kembali dilanda banjir hari ini berikutan hujan lebat berterusan selama hampir sembilan jam.
Setakat pukul 12 tengah hari, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Kampung Bintang, Setiu telah dibuka.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, senario semasa itu menjadikan mangsa banjir gelombang pertama di negeri ini kini berjumlah 30 orang daripada tujuh keluarga.
“Kemaman kekal mempunyai 29 mangsa daripada enam keluarga yang masih berlindung di PPS Balai Raya Padang Kemunting.
“Setakat ini, seorang lelaki telah mendaftar masuk ke PPS Balai Raya Kampung Bintang, Setiu,” katanya di sini hari ini.
Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, pihaknya sedang bersiap siaga memandangkan hujan lebat masih turun di beberapa kawasan di negeri ini.
Terengganu mula dilanda banjir gelombang pertama pada pukul 2 petang Selasa lalu berikutan hujan lebat berterusan selama lebih 14 jam.
Lima daerah terjejas iaitu Kemaman, Hulu Terengganu, Setiu, Marang dan Dungun. – Media Telus
Berita berkaitan
November 23, 2024, 12:32 pm
Kenaikan tambang bas sekolah tak boleh dielak
November 23, 2024, 12:07 pm
3 termasuk dua aggota polis cedera, kereta peronda dirempuh pacuan empat roda
November 23, 2024, 11:48 am
Mangsa banjir di Semenanjung meningkat, Terengganu paling terkesan
November 22, 2024, 11:08 pm
Pembentangan RUU Pekerja Gig bulan depan ditangguh - Fahmi
November 22, 2024, 10:33 pm
SPRM teruskan siasatan, jejak kewangan aset Tun Daim
November 22, 2024, 2:51 pm
Lelaki korek bebola mata ketika gaduh mengaku bersalah
November 22, 2024, 2:33 pm
Waran tangkap terhadap PM Israel satu kemenangan - Anwar
November 22, 2024, 2:14 pm
Guna dron pantau anggota, pegawai polis 'curi tulang', main golf ketika bertugas
November 22, 2024, 1:36 pm