Berita Berita
HRD Corp: Siasatan masih berjalan, tidak adil hukum selagi belum dibuktikan bersalah - Steven
KUALA LUMPUR 21 Nov - Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, memaklumkan bahawa Ketua Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) sudah kembali bertugas selepas mengambil cuti bagi memberi ruang kepada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut Steven, cuti yang diambil oleh Ketua Eksekutif HRD Corp bertujuan memberi masa dan ruang kepada SPRM untuk menyelesaikan siasatan, termasuk meneliti dokumen yang dirampas daripada agensi tersebut.
Beliau turut menegaskan bahawa setakat ini, tiada individu atau pegawai HRD Corp yang didakwa di mahkamah.
"Sekiranya ada yang didakwa di masa hadapan, kita tidak boleh bertindak terburu-buru dengan meminta mereka bercuti atau meletakkan jawatan, kerana itu bukanlah langkah yang adil.
"Siasatan masih berjalan dan kita serahkan kepada pihak berkuasa. Sekiranya terbukti bersalah, tindakan tegas termasuk pemecatan dan hukuman undang-undang akan diambil," katanya.
Steven Sim mengulas perkara itu semasa sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) di Dewan Rakyat pada hari ini.
Terdahulu, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, mempertikaikan keputusan Ketua Eksekutif HRD Corp untuk kembali bertugas setelah mengambil cuti pada bulan Julai lalu.
Tambah Steven, seseorang individu tidak boleh dianggap bersalah kecuali jika terdapat bukti yang kukuh daripada mahkamah.
"Selagi laporan dan keputusan akhir daripada SPRM atau pihak berkuasa belum dikeluarkan, adalah tidak wajar untuk kita menyalahkan sesiapa. Lagipun, tiada siapa yang didakwa di mahkamah setakat ini," katanya.
Pada Julai lalu, Ketua Eksekutif HRD Corp dengan rela hati mengambil cuti bagi memberi ruang kepada siasatan SPRM yang berkaitan dengan isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2/2024.
Laporan tersebut mencadangkan agar pengurusan HRD Corp diserahkan kepada agensi penguatkuasaan selepas didapati gagal mematuhi prosedur dan menjaga kepentingan syarikat dalam pelaksanaan fungsinya.
Sebagai tindak balas, Steven Sim mengarahkan Ketua Setiausaha KESUMA, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud, bersama Ketua Eksekutif HRD Corp untuk membuat laporan kepada SPRM berhubung perkara tersebut. - Media Telus
Berita berkaitan
November 21, 2024, 3:46 pm
Siasatan tetap diteruskan, Anwar nafi sekat siasatan rasuah babit ADUN Sabah
November 21, 2024, 3:29 pm
Pelatih UPNM pijak junior hingga retak tulang rusuk didakwa di mahkamah esok
November 21, 2024, 2:57 pm
PDRM diberi masa 6 bulan siasat kematian Teoh Beng Hock - Mahkamah
November 21, 2024, 2:47 pm
Selangor catat 555 budak, remaja hamil luar nikah setakat September tahun ini
November 21, 2024, 2:36 pm
Johor teliti cadangan beri kakitangan awam kerja 4 hari setengah seminggu
November 21, 2024, 2:25 pm
Terengganu catat 53 perkahwinan bawah umur sejak 2022
November 21, 2024, 2:14 pm
Polis KL turun padang jumpa penduduk, didik tentang bahaya scammer
November 21, 2024, 2:10 pm
Anwar optimis pencapaian kerajaan akan meningkat walaupun diberi Gred D oleh BERSIH
November 21, 2024, 2:02 pm