Berita Jenayah
Hentakan objek tumpul di dada punca kematian wanita disorok dalam 'freezer' - Polis
KUALA LUMPUR 21Nov – Polis mengesahkan kecederaan pada bahagian dada kesan daripada hentakan objek tumpul adalah punca kematian warga emas yang mayatnya ditemukan dalam peti sejuk beku di Taman OUG, dekat Jalan Klang Lama, di sini pada 12 November allu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, ia berdasarkan kepada hasil laporan awal siasatan kes itu yang dijalankan.
Bagaimanapun beliau berkata buat masa ini polis masih menunggu laporan penuh kejadian pembunuhan warga emas berusia lingkungan 80-an itu.
"Si mati meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian dada kesan hentakan objek tumpul atau 'chest injuries due to blunt trauma'.
"Mayat mangsa dituntut suaminya jam 9 pagi tadi di Jabatan Forensik, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas terpisah sejak sekian lama sebelum mereka membawa haluan berasingan.
"Suami mangsa sebelum ini menetap di Manjung, Perak hanya mengetahui kejadian ini melalui laporan disiarkan media, sebelum tampil membantu siasatan polis," katanya ketika dihubungi BH hari ini.
Pada 12 November lalu, media melaporkan seorang lelaki menghubungi talian MERS 999 mendakwa mengalami masalah kesihatan ketika berada di rumahnya, selain mendakwa telah membunuh ibunya di kediaman sama tiga tahun lalu.
Kejadian terungkai selepas pihak polis dan pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian menemukan lelaki itu terbaring di sebelah peti sejuk beku yang menempatkan mayat mangsa.
Suspek turut mendakwa menghadapi masalah kewangan apabila kehabisan wang simpanan, selain mempunyai masalah kesihatan kronik.
Suspek ditahan di lokasi kejadian dan mayat yang ditemukan dalam peti sejuk beku itu kemudian dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
Dalam pada itu, Rusdi berkata setakat ini pihaknya belum dapat mengesahkan jangka masa kematian mangsa sehingga laporan penuh bedah siasat dikeluarkan pegawai perubatan Jabatan Forensik.
Mengulas mengenai suspek, beliau berkata anak lelaki mangsa itu yang berusia 53 tahun kini selesai mendapatkan rawatan di PPUM akibat masalah kesihatan kronik sejak diberkas.
"Suspek selesai menjalani rawatan di PPUM pada jam 6 petang semalam dan kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields.
"Dia kini ditahan reman sehingga 26 November ini," katanya memaklumkan polis sudah merakam percakapan sembilan saksi bagi membantu melengkapkan siasatan.
Berita berkaitan
November 21, 2024, 2:18 pm
Polis cari wanita bantu siasatan kes pukau barang kemas
November 21, 2024, 1:52 pm
Empat rakan sekerja didakwa rogol remaja bawah umur
November 20, 2024, 3:36 pm
Ambil rasuah RM1,000 atas kesalahan cukai jalan, 4 penguat kuasa Negeri Sembilan ditahan
November 20, 2024, 12:16 pm
Suami isteri warga Filipina fasih cakap BM ditahan di KL beli MyKad palsu RM250
November 19, 2024, 10:07 pm
Pengasuh dijel 6 bulan, denda RM10,000 dera bayi tujuh bulan hingga alami pendarahan otak
November 19, 2024, 5:53 pm
Polis tumpas sindiket dadah di Kajang, lebih 39 kilogram dadah dirampas
November 19, 2024, 11:43 am
Empat individu diburu lepas tembakan dalam premis beli hasil sawit
November 18, 2024, 4:27 pm
'Cari pelaku sampai dapat!' - Budak 10 tahun 'mati otak' dilanggar lari ketika berbasikal di Kuang
November 16, 2024, 11:54 am