Berita Berita
Siasatan tetap diteruskan, Anwar nafi sekat siasatan rasuah babit ADUN Sabah
KUALA LUMPUR 21 Nov - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada sebarang usaha menyekat siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah berhubung dakwaan kes rasuah.
Menurut Anwar, kerajaan tegas memerangi rasuah biarpun ia membabitkan golongan kenamaan.
"Tetapi saya diberi maklum oleh pihak SPRM bahawa hal ini diteruskan, termasuk isu berbangkit terakhir ini mengenai Sabah. Itu yang dimaklumkan SPRM, siasatan diteruskan. ADUN berkaitan dipanggil.
"Namun, tidak benar sama sekali kalau ada dakwaan untuk mengekang dan menyekat. Begitu juga yang membabitkan orang-orang kenamaan yang lain kerana bagi saya seperti mana ditegaskan berulang kali negara tak mungkin selamat jika tidak dibanteras rasuah ke akar umbi," katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) pada sesi pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.
SPRM Sabah sebelum ini memanggil lima ADUN Sabah bagi siasatan membabitkan dakwaan rasuah perolehan projek mineral di negeri itu.
SPRM dalam kenyataan memaklumkan, SPRM Sabah menerima aduan mengenai seorang ahli perniagaan yang disyaki terbabit isu dakwaan rasuah berkenaan.
Setakat ini, SPRM sudah memanggil lima ADUN Sabah terbabit untuk dirakam percakapan dan siasatan masih giat dijalankan.
Siasatan awal berhubung aduan itu membawa kepada penemuan maklumat yang mengaitkan beberapa ADUN Sabah yang disyaki terbabit isu dakwaan rasuah membabitkan ahli perniagaan berkenaan.
Berita berkaitan
November 21, 2024, 3:29 pm
Pelatih UPNM pijak junior hingga retak tulang rusuk didakwa di mahkamah esok
November 21, 2024, 2:57 pm
PDRM diberi masa 6 bulan siasat kematian Teoh Beng Hock - Mahkamah
November 21, 2024, 2:47 pm
Selangor catat 555 budak, remaja hamil luar nikah setakat September tahun ini
November 21, 2024, 2:36 pm
Johor teliti cadangan beri kakitangan awam kerja 4 hari setengah seminggu
November 21, 2024, 2:25 pm
Terengganu catat 53 perkahwinan bawah umur sejak 2022
November 21, 2024, 2:14 pm
Polis KL turun padang jumpa penduduk, didik tentang bahaya scammer
November 21, 2024, 2:10 pm
Anwar optimis pencapaian kerajaan akan meningkat walaupun diberi Gred D oleh BERSIH
November 21, 2024, 2:02 pm
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa lima negeri petang ini
November 21, 2024, 1:52 pm