Berita Berita
Pelatih UPNM pijak junior hingga retak tulang rusuk didakwa di mahkamah esok
KUALA LUMPUR 21 Nov - Pelatih Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang juga suspek kes buli yang didakwa memijak junior sehingga parah dijangka dituduh di Mahkamah Jalan Duta, di sini esok.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pertuduhan di mahkamah ke atas pelatih tahun tiga UPNM itu dibuat selepas siasatan terhadapnya selesai dijalankan.
Beliau berkata, kertas siasatan kes berkenaan sudah dilengkapkan dan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk arahan lanjut sebelum ini.
"Kita sudah menerima arahan dari AGC untuk membuat pertuduhan ke atas suspek di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.
"Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Jalan Duta jam 9 pagi esok (Jumaat)," katanya melalui kenyataan hari ini.
Rusdi berkata, jika disabitkan kesalahan suspek boleh dihukum penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Sebelum ini, media melaporkan satu lagi kejadian buli dilaporkan di UPNM membabitkan pelatih tahun satu yang mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang.
Kejadian dilaporkan pada 21 Oktober lalu, sehari sebelum seorang pelajar tahun dua universiti berkenaan ditekap seterika oleh pelajar tahun empat.
Rusdi dilaporkan berkata, ketika kejadian mangsa berada di tepi padang kawad setelah selesai sesi panggil nama.
Mangsa, 19, dilaporkan mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak seorang pelatih tahun tiga dan mendapatkan rawatan di hospital berikutan kecederaan dialami.
Berita berkaitan
November 21, 2024, 3:46 pm
Siasatan tetap diteruskan, Anwar nafi sekat siasatan rasuah babit ADUN Sabah
November 21, 2024, 2:57 pm
PDRM diberi masa 6 bulan siasat kematian Teoh Beng Hock - Mahkamah
November 21, 2024, 2:47 pm
Selangor catat 555 budak, remaja hamil luar nikah setakat September tahun ini
November 21, 2024, 2:36 pm
Johor teliti cadangan beri kakitangan awam kerja 4 hari setengah seminggu
November 21, 2024, 2:25 pm
Terengganu catat 53 perkahwinan bawah umur sejak 2022
November 21, 2024, 2:14 pm
Polis KL turun padang jumpa penduduk, didik tentang bahaya scammer
November 21, 2024, 2:10 pm
Anwar optimis pencapaian kerajaan akan meningkat walaupun diberi Gred D oleh BERSIH
November 21, 2024, 2:02 pm
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa lima negeri petang ini
November 21, 2024, 1:52 pm