Berita Berita
Selangor catat 555 budak, remaja hamil luar nikah setakat September tahun ini
SHAH ALAM 21 Nov - Seramai 555 kanak-kanak dan remaja dilaporkan hamil luar nikah dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini di Selangor.
Jumlah itu termasuk kanak-kanak berusia seawal 10 tahun.
Statistik untuk tempoh antara Januari hingga September lalu itu didedahkan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Anfaal Saari, berdasarkan maklumat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).
"Statistik remaja hamil luar nikah bagi negeri Selangor untuk 2023 adalah 799 kes, manakala setakat September lalu mencatatkan 555 kes.
"Bagi pecahan kategori mengikut umur, sebanyak 13 kes bagi individu berumur 10 hingga 14 tahun, 15 hingga 17 tahun (157 kes) dan 18 hingga 19 tahun (385 kes).
"Kerajaan negeri memandang serius isu ini terutama apabila melibatkan kanak-kanak dan remaja bawah 18 tahun," katanya ketika Penggulungan Usul Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.
Menurut Anfaal, tahun ini kerajaan negeri sudah melaksanakan Program Advokasi Perlindungan Kanak-kanak dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
"Program ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada kanak-kanak dalam aspek keselamatan serta perlindungan kanak-kanak daripada gangguan seksual.
"Program ini sudah dilaksanakan 12 siri iaitu 11 di sekolah semua daerah di negeri Selangor, manakala satu di program di Pusat Aktiviti Kanak-kanak PPR HICOM," katanya.
Beliau berkata, bagi mendapatkan maklum balas dan merangka cadangan solusi lebih komprehensif bersama pelbagai pemegang taruh, kerajaan negeri memulakan rangka kerja awal bagi melaksanakan perbincangan meja bulat Menangani Isu Remaja Hamil Luar Nikah.
"Ini akan dilaksanakan pada suku pertama 2025 melalui Wanita Berdaya Selangor (WBS) dengan kerjasama JKM negeri dan Persatuan Kebajikan Bayt Al-Rahmah," katanya.
Selain itu kerajaan negeri melaksanakan Program KASIH Keibubapaan Digital dengan kerjasama LPPKN Selangor bagi mendedahkan ibu bapa dengan pengetahuan dan kemahiran.
"Usaha ini bertujuan mendidik anak-anak mengenai kaedah penggunaan teknologi digital selamat serta melindungi anak-anak dari pengaruh media sosial yang tidak sihat.
"Terdapat 10 siri dilaksanakan di seluruh daerah dan 300 peserta daripada kalangan ibu bapa mendapat manfaat," katanya.
Berita berkaitan
November 21, 2024, 3:46 pm
Siasatan tetap diteruskan, Anwar nafi sekat siasatan rasuah babit ADUN Sabah
November 21, 2024, 3:29 pm
Pelatih UPNM pijak junior hingga retak tulang rusuk didakwa di mahkamah esok
November 21, 2024, 2:57 pm
PDRM diberi masa 6 bulan siasat kematian Teoh Beng Hock - Mahkamah
November 21, 2024, 2:36 pm
Johor teliti cadangan beri kakitangan awam kerja 4 hari setengah seminggu
November 21, 2024, 2:25 pm
Terengganu catat 53 perkahwinan bawah umur sejak 2022
November 21, 2024, 2:14 pm
Polis KL turun padang jumpa penduduk, didik tentang bahaya scammer
November 21, 2024, 2:10 pm
Anwar optimis pencapaian kerajaan akan meningkat walaupun diberi Gred D oleh BERSIH
November 21, 2024, 2:02 pm
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa lima negeri petang ini
November 21, 2024, 1:52 pm