Berita Jenayah
Empat rakan sekerja didakwa rogol remaja bawah umur
BALIK PULAU 21 Nov – Empat lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun pada 10 November lalu.
Tertuduh, Mohammad Syaril Mohamad Roni, 24; Muhammad Syamir Sahimi, 25; Muhammad Shazwan Akmal Dzulkifli, 20, dan Mohd Adam Zulkifli, 20, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin.
Mengikut pertuduhan masing-masing mereka didapati telah merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun antara jam 2 hingga 5 pagi di sebuah rumah di Jalan Sungai Ara 3, Bayan Lepas dekat sini pada 10 November lalu.
Bagi kesalahan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lim Jin Hong manakala empat pekerja sebuah syarikat kargo itu tidak diwakili peguam.
Ketika prosiding, Jin Hong tidak menawarkan sebarang jaminan atas faktor kesemua tertuduh berusia lebih 16 tahun itu tidak mempunyai masalah kesihatan, kesalahan dilakukan mereka adalah serius selain mangsa juga bawah umur.
Hakim kemudian memutuskan kesemua tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin dan menetapkan 7 Januari depan sebagai tarikh untuk lantikan peguam serta serahan dokumen.
Media sebelum ini melaporkan polis menahan empat lelaki selepas disyaki merogol seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun.
Berita berkaitan
January 28, 2025, 9:25 am
Cubaan seludup 900 liter petrol ke Thailand gagal, dua lelaki ditahan
January 27, 2025, 9:40 pm
11 lelaki bertopeng pecah rumah, dua mangsa cedera parah ditetak dengan parang di Puchong
January 27, 2025, 3:08 pm
4 warga asing jual dadah hidup mewah, miliki Maserati Granturismo
January 24, 2025, 7:31 pm
Seorang maut, empat cedera dalam kejadian tembakan di Pantai Morib
January 24, 2025, 3:31 pm
16 rakyat Malaysia ditahan terlibat sindiket penipuan rentas negara, kerugian mangsa cecah RM4.9 juta
January 23, 2025, 12:53 pm
Pemimpin PKR didenda RM5,000 hina Agong
January 23, 2025, 12:46 pm
Wanita dakwa ada pihak 'edit' gambarnya jadi bogel, dijual di laman sosial RM18 sekeping
January 22, 2025, 4:16 pm
Polis siasat individu guna gelaran Datuk Seri palsu
January 22, 2025, 10:26 am
PGA Batalion 9 tumpaskan penyeludupan kerbau di Pasir Mas
January 20, 2025, 9:52 am