TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Negara luar iktiraf usaha Malaysia perangi rasuah - Anwar

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 21 Nov - Usaha tegas Malaysia dalam membanteras dan memerangi rasuah mula mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini dibuktikan menerusi keyakinan kerajaan Qatar yang meminta kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merangka program pembanterasan rasuah di negara Islam.

"Anti rasuah sekarang sudah meningkatkan imej kita, bukan saja daripada segi indeks persepsi rasuah, tapi pengiktirafan negara luar yang minta kita kerjasama.

"Minggu depan kerajaan Qatar minta satu rombongan utama membabitkan menteri dan SPRM untuk bekerjsama merangka program pembanterasan rasuah di negara Islam. Itu ditugaskan kepada SPRM atas pengiktirafan mereka," katanya.

Anwar berkata demikian menjawab soalan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) pada sesi pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan, berkata perkhidmatan awam kini sedang melalui proses perubahan yang drastik.

"Sebab itu kita mulakan dengan skim persaraan perkhidmatan awam untuk mengiktiraf peranan mereka dan menuntut perubahan. Senaraikan tahap kecekapan. (Contohnya) JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) berapa lama masa kelulusan, lesen untuk pendaftaran syrarikat dan universiti swasta.

"Semua ini diambil kira dalam proses terbabit (perubahan drastik perkhidmatan awam), termasuk mengenai program untuk memastikan tahap kecekapan meningkat, tidak ada makna kalau reformasi tetapi tahap kecekapan ditahap lama," katanya. – Media Telus

+ - reset