TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tambahan 3 jam bekerja untuk jururawat boleh jejas kualiti penjagaan pesakit - Hartal Doktor Kontrak

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 21 Nov - Hartal Doktor Kontrak membantah sekeras-kerasnya arahan baharu di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat wad mulai 1 Disember 2024.

Katanya, keputusan itu bukan sahaja tidak adil malah berisiko untuk memburukkan lagi keadaan yang dihadapi kakitangan kejururawatan yang menjadi tulang belakang sistem penjagaan kesihatan negara.

"Jururawat kita mempunyai banyak kerja, kurang dihargai dan sudah menjangkau had mereka malah sering mengorbankan kesejahteraan fizikal, emosi dan mental mereka untuk menjaga pesakit.

"Dasar ini menambahkan lagi tekanan dan keletihan mereka dan bukan meringankan beban mereka. Waktu bekerja tambahan, ditambah dengan gaji yang tidak stabil dan kekurangan elaun yang mencukupi," kata Hartal dalam kenyataan.

Hartal menjelaskan, keadaan itu akan mendorong lebih ramai jururawat mahir kita mencari pekerjaan di luar negara, di mana keadaan bekerja lebih berperikemanusiaan dan gaji lebih kompetitif.

"Dengan jumlah jururawat yang kurang untuk menguruskan beban pesakit yang semakin meningkat, kualiti penjagaan pasti akan menurun sekali gus meletakkan pesakit dan orang ramai kepada risiko.

"Sistem penjagaan kesihatan yang mengabaikan pekerjanya tidak dapat berkhidmat dengan berkesan kepada rakyatnya.

"Keyakinan orang ramai terhadap sistem penjagaan kesihatan akan goyah jika perkhidmatan penting terjejas akibat kekurangan tenaga kerja," katanya.

Mengulas lanjut, Hartal menganggap arahan itu adalah satu langkah ke belakang malah gagal menangani isu asas yang dihadapi oleh tenaga kerja kejururawatan, seperti elaun syif yang tidak mencukupi, kekurangan keseimbangan kerja-kehidupan, dan kesan fizikal dan emosi yang besar akibat kerja syif.

 

+ - reset