Berita Berita
Azalina dilantik Pengerusi Akademi Antirasuah Antarabangsa
KUALA LUMPUR 21 Nov - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said diumum sebagai Pengerusi Akademi Antirasuah Antarabangsa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ia selepas Malaysia memperoleh undi tertinggi yang pernah diraih sejak kemerdekaan negara dalam undian di United Nations Commission on International Trade Law untuk 2025-2031.
Beliau berkata, pencapaian itu adalah bukti peranan Malaysia dalam membanteras isu rasuah nasional di angkat di peringkat antarabangsa.
"Hubungan antara meningkat sebenarnya umpama berita yang terkini dalam pertandingan United Nations Commission on International Trade Law untuk 2025-2031, Malaysia mendapat undi tertinggi 179 daripada 183. Ini rekod yang belum pernah dicapai sejak merdeka.
"Dalam Akademi Antirasuah Antarabangsa yang dianggotai 85 negara, ia mengiktiraf peranan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Maka Malaysia sudah diberikan dokongan untuk menjadi ketua Akademi Antirasuah Antarabangsa dan Azalina akan mempengerusikan badan antarabangsa berkenaan," katanya sewaktu sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini. - Media Telus
Berita berkaitan
November 21, 2024, 3:29 pm
Pelatih UPNM pijak junior hingga retak tulang rusuk didakwa di mahkamah esok
November 21, 2024, 2:57 pm
PDRM diberi masa 6 bulan siasat kematian Teoh Beng Hock - Mahkamah
November 21, 2024, 2:47 pm
Selangor catat 555 budak, remaja hamil luar nikah setakat September tahun ini
November 21, 2024, 2:36 pm
Johor teliti cadangan beri kakitangan awam kerja 4 hari setengah seminggu
November 21, 2024, 2:25 pm
Terengganu catat 53 perkahwinan bawah umur sejak 2022
November 21, 2024, 2:14 pm
Polis KL turun padang jumpa penduduk, didik tentang bahaya scammer
November 21, 2024, 2:10 pm
Anwar optimis pencapaian kerajaan akan meningkat walaupun diberi Gred D oleh BERSIH
November 21, 2024, 2:02 pm
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa lima negeri petang ini
November 21, 2024, 1:52 pm
Johor umum insentif khas dua bulan gaji untuk penjawat awam
November 21, 2024, 1:42 pm