Berita Berita
Guru berjaya selamatkan diri, kuaters terbakar awal pagi
KUCHING 21 Nov - Dua guru lelaki cemas apabila kuaters kediaman mereka di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Danau di Limbang terbakar, pagi tadi.
Kejadian dilaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) jam 7.27 pagi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM, berkata dua guru berkenaan bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri, namun kuarters mereka hampir musnah sepenuhnya.
"Enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan.
"Setiba pasukan bomba di lokasi yang terletak 34 kilometer dari BBP Limbang pada jam 7.54 pagi, didapati kuarters jenis tidak kekal itu hampir musnah sepenuhnya.
"Penghuni iaitu dua guru lelaki berjaya menyelamatkan diri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. - Media Telus
Berita berkaitan
November 21, 2024, 3:29 pm
Pelatih UPNM pijak junior hingga retak tulang rusuk didakwa di mahkamah esok
November 21, 2024, 2:57 pm
PDRM diberi masa 6 bulan siasat kematian Teoh Beng Hock - Mahkamah
November 21, 2024, 2:47 pm
Selangor catat 555 budak, remaja hamil luar nikah setakat September tahun ini
November 21, 2024, 2:36 pm
Johor teliti cadangan beri kakitangan awam kerja 4 hari setengah seminggu
November 21, 2024, 2:25 pm
Terengganu catat 53 perkahwinan bawah umur sejak 2022
November 21, 2024, 2:14 pm
Polis KL turun padang jumpa penduduk, didik tentang bahaya scammer
November 21, 2024, 2:10 pm
Anwar optimis pencapaian kerajaan akan meningkat walaupun diberi Gred D oleh BERSIH
November 21, 2024, 2:02 pm
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa lima negeri petang ini
November 21, 2024, 1:52 pm
Johor umum insentif khas dua bulan gaji untuk penjawat awam
November 21, 2024, 1:42 pm