Berita Berita
Polis gempur 10 premis judi online di KL, potong bekalan elektrik
KUALA LUMPUR 21 Nov - Sebanyak 10 premis dipercayai dijadikan sarang judi dalam talian di sekitar ibu negara dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik menerusi Ops Dadu Khas, semalam.
Operasi itu bermula 9.30 pagi dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bersama Balai Polis Tun H S Lee dengan bantuan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata pemotongan itu dijalankan mengikut Seksyen 21A(1) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.
"Tindakan diambil bertujuan bagi mengelakkan premis terbabit kembali aktif menjalankan semula aktiviti perjudian dalam talian.
"Semasa pemotongan bekalan elektrik didapati premis tidak berpenghuni dan operasi dijalankan dengan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini berlaku," katanya hari ini.
Menurutnya, pihak sindiket judi terbabit hanya membenarkan pelanggan tetap untuk memasuki premis yang lengkap dengan kamera litar tertutup (CCTV).
Justeru, beliau meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti perjudian dalam talian bagi membantu pihak polis membanteras gejala itu.
Berita berkaitan
November 21, 2024, 3:46 pm
Siasatan tetap diteruskan, Anwar nafi sekat siasatan rasuah babit ADUN Sabah
November 21, 2024, 3:29 pm
Pelatih UPNM pijak junior hingga retak tulang rusuk didakwa di mahkamah esok
November 21, 2024, 2:57 pm
PDRM diberi masa 6 bulan siasat kematian Teoh Beng Hock - Mahkamah
November 21, 2024, 2:47 pm
Selangor catat 555 budak, remaja hamil luar nikah setakat September tahun ini
November 21, 2024, 2:36 pm
Johor teliti cadangan beri kakitangan awam kerja 4 hari setengah seminggu
November 21, 2024, 2:25 pm
Terengganu catat 53 perkahwinan bawah umur sejak 2022
November 21, 2024, 2:14 pm
Polis KL turun padang jumpa penduduk, didik tentang bahaya scammer
November 21, 2024, 2:10 pm
Anwar optimis pencapaian kerajaan akan meningkat walaupun diberi Gred D oleh BERSIH
November 21, 2024, 2:02 pm
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa lima negeri petang ini
November 21, 2024, 1:52 pm