Berita Berita
2 tahun Kerajaan MADANI: PM Anwar kekal fokus kerjasama global, reformasi domestik
PUTRAJAYA 20 Nov - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang genap dua tahun menerajui kerajaan pada 24 November ini meneruskan agenda negara dengan mengadakan lawatan kerja ke Korea Selatan.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, lawatan itu penting bagi memastikan kerjasama strategik antara kedua-dua negara dapat terus diperkukuhkan.
"Pada 24 November Perdana Menteri akan ke Korea Selatan bagi lawatan rasmi untuk tujuan perdagangan dua hala serta mengadakan beberapa pertukaran memorandum persefahaman (MoU)," katanya selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi, di sini, hari ini.
Fahmi berkata selain memperkukuh hubungan perdagangan antara Malaysia dan Korea Selatan, Perdana Menteri akan turut menyaksikan pemeteraian beberapa MoU melibatkan kementerian serta agensi termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Sementara itu, beliau berkata sempena dua tahun pemerintahan kerajaan MADANI, Program 2 Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 bakal dianjurkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 22 hingga 24 November ini. - BERNAMA
Berita berkaitan
November 21, 2024, 2:57 pm
PDRM diberi masa 6 bulan siasat kematian Teoh Beng Hock - Mahkamah
November 21, 2024, 2:47 pm
Selangor catat 555 budak, remaja hamil luar nikah setakat September tahun ini
November 21, 2024, 2:36 pm
Johor teliti cadangan beri kakitangan awam kerja 4 hari setengah seminggu
November 21, 2024, 2:25 pm
Terengganu catat 53 perkahwinan bawah umur sejak 2022
November 21, 2024, 2:14 pm
Polis KL turun padang jumpa penduduk, didik tentang bahaya scammer
November 21, 2024, 2:10 pm
Anwar optimis pencapaian kerajaan akan meningkat walaupun diberi Gred D oleh BERSIH
November 21, 2024, 2:02 pm
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa lima negeri petang ini
November 21, 2024, 1:52 pm
Johor umum insentif khas dua bulan gaji untuk penjawat awam
November 21, 2024, 1:42 pm
Kelantan umum bantuan khas RM500
November 21, 2024, 12:28 pm