TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Duda ditahan kerana disyaki cabul wanita di Kluang

By
|
Kongsi
image

KLUANG 20 Nov. - Seorang duda berusia 30 tahun ditahan selepas dipercayai mencabul seorang wanita tempatan di Jalan Gunung Lambak pada pagi kelmarin.  

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata kejadian berlaku sekitar pukul 8.57 pagi ketika mangsa sedang berjalan kaki ke tempat kerja.  

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek menghampiri mangsa dari arah belakang dan bertindak menyentuh punggungnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.  

Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah, dan keputusan ujian saringan air kencingnya negatif dadah.  

Suspek, yang merupakan seorang penganggur, tinggal bersama ibu dan adik-beradiknya.  

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencabul kehormatan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda, atau sebatan jika sabit kesalahan.  

Suspek telah direman selama empat hari bermula hari ini hingga Sabtu bagi membantu siasatan. - Media Telus

+ - reset