Berita Jenayah
Ambil rasuah RM1,000 atas kesalahan cukai jalan, 4 penguat kuasa Negeri Sembilan ditahan
SEREMBAN 20 Nov - Empat penguat kuasa agensi kerajaan di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, petang semalam, selepas disyaki meminta dan menerima rasuah RM1,000 daripada seorang individu.
Menurut sumber, keempat-empat suspek lelaki berusia antara 20an hingga 40-an itu ditahan ketika hadir memberikan keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan (NS), di sini kira-kira jam 5 hingga 6 petang.
Mereka disyaki melakukan perbuatan itu sebagai balasan tidak mengambil tindakan undang-undang bagi kesalahan cukai jalan.
"Siasatan awal mendapati semua suspek dipercayai melakukan perbuatan itu pada 12 November lalu di Lebuh Raya Utara- Selatan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, di sini.
"Salah seorang suspek disyaki menerima wang rasuah melalui transaksi pindahan ke akaun bank milik seorang individu lain (pihak ketiga) berjumlah RM1,000.
"Ia sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang bagi kesalahan cukai jalan dan permit PUSPAKOM yang sudah tamat tempoh," katanya dalam laporan Berita Harian.
Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah pagi tadi membenarkan permohonan SPRM menahan reman semua penguat kuasa terbabit selama empat hari sehingga Ahad ini.
Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
Berita berkaitan
November 21, 2024, 2:18 pm
Polis cari wanita bantu siasatan kes pukau barang kemas
November 21, 2024, 1:52 pm
Empat rakan sekerja didakwa rogol remaja bawah umur
November 20, 2024, 12:16 pm
Suami isteri warga Filipina fasih cakap BM ditahan di KL beli MyKad palsu RM250
November 19, 2024, 10:07 pm
Pengasuh dijel 6 bulan, denda RM10,000 dera bayi tujuh bulan hingga alami pendarahan otak
November 19, 2024, 5:53 pm
Polis tumpas sindiket dadah di Kajang, lebih 39 kilogram dadah dirampas
November 19, 2024, 11:43 am
Empat individu diburu lepas tembakan dalam premis beli hasil sawit
November 18, 2024, 4:27 pm
'Cari pelaku sampai dapat!' - Budak 10 tahun 'mati otak' dilanggar lari ketika berbasikal di Kuang
November 16, 2024, 11:54 am
Penyamun ditemui mati dalam rumah mangsa, polis tahan 2 rakan
November 15, 2024, 2:48 pm