Berita Hiburan
AR Rahman, isteri umum berpisah selepas hampir 30 tahun berkahwin
KUALA LUMPUR 20 Nov - Maestro muzik yang juga pemenang Anugerah Akademi (Oscar), AR Rahman, 57, dan isteri, Saira Banu, 50, secara rasmi mengumumkan mereka berpisah selepas hampir tiga dekad membina rumah tangga.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan melalui peguam, pasangan itu dilapor menyebut 'ketegangan emosi ketara' serta 'tekanan dan kesukaran' sebagai faktor kepada perpisahan mereka.
Tambah kenyataan itu, keadaan itu mewujudkan jurang antara mereka biarpun pada hakikatnya, Rahman dan Saira masih menyanyangi antara satu sama lain.
Banu dilapor menyatakan bahawa keputusan untuk bercerai diambil dengan berat hati. Banu juga menekankan dirinya perlukan privasi untuk mengharungi detik sukar ini, lapor CNA Lifestyle.
Rahman dan Banu berkahwin pada 1995 dan dikurniakan tiga anak iaitu Khatija, Raheema dan Ameen. Perkahwinan mereka, dilapor diatur ibu Rahman yang menjadi individu penting dalam perjalanan karier legenda muzik itu.
Rahman yang ketika itu sibuk dengan kerjaya, menyerahkan kepada ibu untuk mencari pasangan buatnya melengkapkan kehidupan.
Selepas perceraian mereka diumumkan, Rahman menyatakan perasaan dan penghargaan di platform X.
"Kami berharap untuk mencapai ulang tahun (perkahwinan) ke-30, tetapi semua perkara, nampaknya, membawa kepada penghujung yang tidak dapat dijangka.
"Namun, dalam kehancuran ini, kita mencari makna, walaupun hati ini mungkin tidak mendapat mencari pemiliknya lagi.
"Kepada rakan-rakan kami, terima kasih atas kebaikan anda dan menghormati privasi ketika kami mengharungi tempoh sukar ini," katanya.
Anak Rahman dan Banu, iaitu Ameen dan Raheema turut memohon peminat untuk memberi ibu bapa mereka privasi melalui hantaran di laman sosial. - AGENSI
Berita berkaitan
November 21, 2024, 11:16 am
Ernie Zakri tempah nama di Indonesia, tewaskan Rossa, Afgan
November 14, 2024, 4:51 pm
Siti Nurhaliza tampil single baharu hasil kolaborasi istimewa Erwin, Gita Gutawa
November 14, 2024, 11:40 am
Siti Nurhaliza dinobat Biduanita Negara
November 12, 2024, 1:01 pm
Fazura dapat hak jagaan penuh anak, Fattah dapat hak lawatan, bermalam 2 kali sebulan
November 5, 2024, 1:49 pm
Sudah lakukan yang terbaik, Fazura tak menyesal bercerai
November 1, 2024, 12:26 pm
Lelaki bertanggungjawab lebih bagus berbanding lelaki kaya tapi tak pandai menghargai - Kaka Azraff
October 30, 2024, 7:37 pm
Infak RM90,000, dapat RM900,000, rezeki Fattah dapat hadiah Lamborghini
October 28, 2024, 7:34 pm
Diana Danielle mahu cerai dengan Farid Kamil
October 28, 2024, 5:31 pm