Berita Berita
Lelaki serang mekanik guna pisau gara-gara tak tahan bunyi bising ditahan
BENTONG 20 Nov. - Seorang lelaki berusia 52 tahun ditahan polis selepas cuba menyerang seorang mekanik dengan sebilah pisau di sebuah premis membaiki motosikal di Pekan Karak, Bentong, pada malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata kejadian itu berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek terhadap bunyi bising ekzos motosikal yang ditunggang oleh pengadu, seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun.
Pertengkaran bertukar pergelutan
“Siasatan mendapati berlaku pertengkaran mulut antara suspek dan pengadu sebelum berlakunya pergelutan. Suspek kemudian cuba menyerang pengadu menggunakan sebilah pisau. Namun, insiden itu berjaya dileraikan oleh orang awam dan pekerja di premis tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Suspek ditahan bersama pisau
Suspek ditahan di sebuah rumah di Karak pada pukul 12.45 tengah malam, bersama sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.
Menurut Zaiham, semakan mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau, dan keputusan ujian air kencing menunjukkan dia negatif daripada pengaruh dadah.
Siasatan berterusan
Suspek kini direman sehingga Khamis bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan atas kesalahan ugutan jenayah dan menyebabkan kecederaan. Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya setelah siasatan selesai. - Media Telus
Berita berkaitan
November 21, 2024, 2:25 pm
Terengganu catat 53 perkahwinan bawah umur sejak 2022
November 21, 2024, 2:14 pm
Polis KL turun padang jumpa penduduk, didik tentang bahaya scammer
November 21, 2024, 2:10 pm
Anwar optimis pencapaian kerajaan akan meningkat walaupun diberi Gred D oleh BERSIH
November 21, 2024, 2:02 pm
Ribut petir, hujan lebat dijangka landa lima negeri petang ini
November 21, 2024, 1:52 pm
Johor umum insentif khas dua bulan gaji untuk penjawat awam
November 21, 2024, 1:42 pm
Kelantan umum bantuan khas RM500
November 21, 2024, 12:28 pm
Negara luar iktiraf usaha Malaysia perangi rasuah - Anwar
November 21, 2024, 12:23 pm
Langkah berjimat, syarikat swasta tanggung 70 hingga 80 peratus kos perjalanan PM ke lima negara
November 21, 2024, 12:09 pm
Tambahan 3 jam bekerja untuk jururawat boleh jejas kualiti penjagaan pesakit - Hartal Doktor Kontrak
November 21, 2024, 11:59 am