Berita Berita
Polis sahkan budak 'mati otak' di Kuang terjatuh basikal, bukan langgar lari
SUNGAI BULOH 20 Nov - Polis mengesahkan kanak-kanak perempuan yang cedera di Jalan Stesen Kuang di sini, pada Khamis lalu, bukan terbabit kemalangan, sebaliknya adalah terjatuh sendiri.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata seluar yang dipakai kanak-kanak berusia 10 tahun itu tersangkut pada rantai basikal menyebabkan ia terjatuh.
Menurutnya, kejadian ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah dari sebuah kedai runcit yang letaknya kira-kira 200 meter dari kawasan sekolah.
Katanya, polis berjaya mengesan saksi yang membantu mangsa dan berada di lokasi ketika kejadian.
"Seramai lima saksi diambil keterangan termasuk dua berada berhampiran lokasi kejadian yang nampak kanak-kanak itu jatuh di atas jalan dan berlari membantu mangsa.
"Keterangan saksi juga selari dengan pemeriksaan ke atas seluar dipakai mangsa semasa kejadian yang mendapati ada kesan koyak dan minyak rantai basikal," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Polis sebelum ini meminta orang ramai yang menyaksikan kemalangan membabitkan kanak-kanak menunggang basikal di Jalan Stesen Kuang, tampil membantu siasatan.
Laporan berhubung kemalangan itu diterima pada 4.51 petang, Jumaat lalu. Kanak-kanak terbabit mengalami pendarahan di kepala dan sedang menerima rawatan di hospital.
Mengulas lanjut, Mohd Hafiz berkata, pemeriksaan pada basikal mangsa juga tidak menemui sebarang kesan pelanggaran dengan kenderaan lain.
Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya belum merakam keterangan mangsa yang sedang menerima rawatan di hospital.
"Setakat semalam, dimaklumkan mangsa masih ditidurkan dan belum sedarkan diri," katanya.
Mohd Hafiz berkata kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihaknya akan merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan maklumat tidak tepat berkaitan kejadian itu. - Media Telus
Berita berkaitan
November 21, 2024, 8:16 pm
HRD Corp: Siasatan masih berjalan, tidak adil hukum selagi belum dibuktikan bersalah - Steven
November 21, 2024, 3:46 pm
Siasatan tetap diteruskan, Anwar nafi sekat siasatan rasuah babit ADUN Sabah
November 21, 2024, 3:29 pm
Pelatih UPNM pijak junior hingga retak tulang rusuk didakwa di mahkamah esok
November 21, 2024, 2:57 pm
PDRM diberi masa 6 bulan siasat kematian Teoh Beng Hock - Mahkamah
November 21, 2024, 2:47 pm
Selangor catat 555 budak, remaja hamil luar nikah setakat September tahun ini
November 21, 2024, 2:36 pm
Johor teliti cadangan beri kakitangan awam kerja 4 hari setengah seminggu
November 21, 2024, 2:25 pm
Terengganu catat 53 perkahwinan bawah umur sejak 2022
November 21, 2024, 2:14 pm
Polis KL turun padang jumpa penduduk, didik tentang bahaya scammer
November 21, 2024, 2:10 pm
Anwar optimis pencapaian kerajaan akan meningkat walaupun diberi Gred D oleh BERSIH
November 21, 2024, 2:02 pm