Berita Berita
Tangkapan salah guna dadah di Kedah makin banyak, naik 17.3 peratus
KUALA LUMPUR 20 Nov – Kadar tangkapan penyalahgunaan dadah di Kedah meningkat 17.3 peratus atau seramai 17,278 kes berbanding 14,284 kes sepanjang tahun lalu.
Memaklumkan perkara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, daripada jumlah tersebut, daerah Pendang mencatatkan 1,116 kes tangkapan sehingga Ogos.
Beliau berkata, jumlah klien (penagih) yang mendapatkan rawatan dan pemulihan dadah di bawah seliaan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam tempoh Januari sehingga September lalu adalah seramai 5,960 orang.
“Bagi daerah Pendang pula, seramai 462 orang sedang menjalankan rawatan dan pemulihan dalam komuniti.
“Mengikut statistik, di Pendang klien yang sedang mendapatkan rawatan pemulihan dalam komuniti berumur antara 19 hingga 39 tahun.
“Dari segi komposisi kaum, 454 klien adalah daripada bangsa Melayu, manakala selebihnya, iaitu lapan orang, terdiri daripada kaum lain,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaaan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang bertanyakan mengenai jumlah tangkapan kes penyalahgunaan dadah di negeri Kedah khususnya di daerah Pendang.
Mengulas lanjut, Shamsul Anuar berkata, peningkatan kes tersebut mencerminkan keperluan berterusan untuk penguatkuasaan dan program pemulihan dalam komuniti bagi membanteras isu penyalahgunaan dadah di negeri itu.- Media Telus
Berita berkaitan
November 23, 2024, 12:32 pm
Kenaikan tambang bas sekolah tak boleh dielak
November 23, 2024, 12:07 pm
3 termasuk dua aggota polis cedera, kereta peronda dirempuh pacuan empat roda
November 23, 2024, 11:48 am
Mangsa banjir di Semenanjung meningkat, Terengganu paling terkesan
November 22, 2024, 11:08 pm
Pembentangan RUU Pekerja Gig bulan depan ditangguh - Fahmi
November 22, 2024, 10:33 pm
SPRM teruskan siasatan, jejak kewangan aset Tun Daim
November 22, 2024, 2:51 pm
Lelaki korek bebola mata ketika gaduh mengaku bersalah
November 22, 2024, 2:33 pm
Waran tangkap terhadap PM Israel satu kemenangan - Anwar
November 22, 2024, 2:14 pm
Guna dron pantau anggota, pegawai polis 'curi tulang', main golf ketika bertugas
November 22, 2024, 1:36 pm
8 guni ubat haiwan seludup bernilai RM434,200 ditemui di tebing Sungai Golok
November 22, 2024, 1:13 pm