Berita Berita
Penyanyi dikir barat miliki dadah di tahan di Golok mungkin dibebaskan awal tahun depan
KOTA BHARU 20 Nov - Seorang penyanyi wanita asal Kelantan dan lima lagi rakyat Malaysia yang ditahan kerana dikatakan memiliki 6,000 biji pil di pekan Sungai Golok pada 1 November lalu, dijangka didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat awal tahun depan.
Sumber berkata, penyanyi berusia 29 tahun berasal dari Kelantan itu juga berkemungkinan dibebaskan dengan ikat jamin selepas kesnya dibicarakan di mahkamah.
Menurut laporan Berita Harian, sebahagian daripada lima suspek juga dijangka dibebaskan dengan ikat jamin termasuk dua wanita.
"Mengikut undang-undang Thailand, enam rakyat Malaysia itu kekal di Penjara Wilayah Narathiwat sehingga perintah penahanan lanjut mencecah 84 hari dari hari mereka ditangkap.
"Mereka akan didakwa atas kesalahan ujian air kencing positif dadah dan beberapa orang akan didakwa kerana mengedar dadah.
"Sebilangan kecil termasuk penyanyi itu dijangka dibebaskan selepas membayar ikat jamin," katanya.
Sumber itu berkata. kesimpulan itu berdasarkan siasatan awal yang dijalankan oleh polis Thailand.
"Ini berdasarkan siasatan awal polis dan ada masa mencukupi untuk polis Thailand menjalankan siasatan kerana perintah penahanan lanjut belum tamat.
"Juster, mungkin ada lebih banyak penemuan dalam kes itu," katanya.
Media semalam melaporkan siasatan kes berkenaan hampir selesai.
Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kolonel Polis Jedsadavit Ingprapan dilaporkan berkata, pihaknya sedang menunggu keputusan cap jari dan ujian kandungan dadah dalam badan sebelum menghantar laporan penuh kepada pihak pendakwa raya.
Berita berkaitan
November 23, 2024, 12:32 pm
Kenaikan tambang bas sekolah tak boleh dielak
November 23, 2024, 12:07 pm
3 termasuk dua aggota polis cedera, kereta peronda dirempuh pacuan empat roda
November 23, 2024, 11:48 am
Mangsa banjir di Semenanjung meningkat, Terengganu paling terkesan
November 22, 2024, 11:08 pm
Pembentangan RUU Pekerja Gig bulan depan ditangguh - Fahmi
November 22, 2024, 10:33 pm
SPRM teruskan siasatan, jejak kewangan aset Tun Daim
November 22, 2024, 2:51 pm
Lelaki korek bebola mata ketika gaduh mengaku bersalah
November 22, 2024, 2:33 pm
Waran tangkap terhadap PM Israel satu kemenangan - Anwar
November 22, 2024, 2:14 pm
Guna dron pantau anggota, pegawai polis 'curi tulang', main golf ketika bertugas
November 22, 2024, 1:36 pm
8 guni ubat haiwan seludup bernilai RM434,200 ditemui di tebing Sungai Golok
November 22, 2024, 1:13 pm