Berita Berita
Lelaki cedera, tersepit dalam kemalangan 7 buah kenderaan
KUALA LUMPUR 20 Nov. - Seorang lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di KM14.4 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah utara, antara laluan Subang dan Damansara, pada Selasa malam (19 November).
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, memaklumkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 8.56 malam.
Sepasukan 10 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara segera dikerahkan ke lokasi untuk memberikan bantuan. Seorang mangsa lelaki tempatan berusia 36 tahun yang tersepit dalam sebuah kenderaan berjaya diselamatkan dan diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut.
Kemalangan tersebut menyebabkan lorong kanan dan tengah lebuh raya terpaksa ditutup, mengakibatkan kesesakan trafik sepanjang hampir empat kilometer, menurut kenyataan PLUS Malaysia Berhad menerusi platform X.
Pihak berkuasa menggesa pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan bersabar sementara siasatan lanjut dijalankan. - Media Telus
Berita berkaitan
November 23, 2024, 12:32 pm
Kenaikan tambang bas sekolah tak boleh dielak
November 23, 2024, 12:07 pm
3 termasuk dua aggota polis cedera, kereta peronda dirempuh pacuan empat roda
November 23, 2024, 11:48 am
Mangsa banjir di Semenanjung meningkat, Terengganu paling terkesan
November 22, 2024, 11:08 pm
Pembentangan RUU Pekerja Gig bulan depan ditangguh - Fahmi
November 22, 2024, 10:33 pm
SPRM teruskan siasatan, jejak kewangan aset Tun Daim
November 22, 2024, 2:51 pm
Lelaki korek bebola mata ketika gaduh mengaku bersalah
November 22, 2024, 2:33 pm
Waran tangkap terhadap PM Israel satu kemenangan - Anwar
November 22, 2024, 2:14 pm
Guna dron pantau anggota, pegawai polis 'curi tulang', main golf ketika bertugas
November 22, 2024, 1:36 pm
8 guni ubat haiwan seludup bernilai RM434,200 ditemui di tebing Sungai Golok
November 22, 2024, 1:13 pm