TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Suami isteri warga Filipina fasih cakap BM ditahan di KL beli MyKad palsu RM250

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 20 Nov - Pasangan suami isteri warga Filipina ditahan dalam serbuan ke atas sebuah rumah di Pandan Indah, di sini semalam kerana disyaki memiliki kad pengenalan palsu.

Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkata, serbuan dijalankan susulan risikan selama dua minggu ke atas pasangan itu.

Katanya, pasangan itu dipercayai membeli MyKad palsu berkenaan dengan harga RM250 sekeping daripada seorang ejen sindiket di ibu negara dua tahun lalu.

"Kedua-dua individu ini berasal dari Basilan, Filipina yang mana isteri berumur 40 tahun manakala suaminya 53 tahun.

"Kedua-dua suspek mengaku bekerja sebagai pengawal keselamatan dan menggunakan MyKad palsu berkenaan untuk mendapatkan kerja serta untuk bergerak bebas," katanya.

Bahagian Penguatkuasa JPN berkata siasatan mendapati kedua-dua suspek yang fasih berbahasa Melayu itu mempunyai seorang anak di Filipina dan dipercayai masuk ke Malaysia secara haram.

Katanya, mereka dihadapkan ke mahkamah, di sini hari ini atas kesalahan mengikut Peraturan 25 (1)(e) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.

"Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-dua sekali.

"Tindakan diambil bagi memastikan setiap pesalah yang melakukan kesalahan mendapat hukuman, setimpal mengikut peruntukan undang-undang negara," katanya.

 

+ - reset