Berita Berita
Sabah kekurangan 7,000 doktor, nisbah kini satu doktor rawat 1,400 pesakit
KOTA KINABALU 20 Nov – Sekurang-kurangnya seramai 7,000 doktor diperlukan bagi memenuhi nisbah seorang doktor bagi setiap 500 penduduk seperti disarankan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob, berkata ketika ini hanya ada 554 doktor pakar dan 1,951 pegawai perubatan di Sabah.
"Kalau sekarang ini, dengan jumlah itu satu doktor jaga 1,400 orang. Untuk mencapai nisbah satu doktor 500 orang mengikut WHO kita perlu 7,000 doktor di Sabah," katanya ketika membahaskan Belanjawan Sabah 2025 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, semalam.
Dr Yusof yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) - Pakatan Harapan (PH) Plus, berkata bilangan doktor berkhidmat di Sabah ketika ini juga belum memenuhi jumlah perjawatan yang ditawarkan.
Katanya, jawatan doktor pakar yang disediakan di Sabah adalah sebanyak 620 perjawatan, tetapi yang diisi cuma 554 orang iaitu kekosongan 66 orang.
Bagi jawatan Pegawai Perubatan, katanya ada sebanyak 2,375 perjawatan disediakan, namun hanya 1,951 yang diisi.
"Kalau ikut di Sabah dengan jumlah perjawatan yang ada, iaitu 2,995 untuk merawat 3.5 juta orang, jadi ertinya satu orang doktor untuk 1,100 orang," katanya.
Berikutan itu, katanya usaha menambah doktor di negeri ini perlu digiatkan khususnya menerusi galakan kepada anak Sabah mengambil jurusan kedoktoran dalam pengajian.
"Kita ambil anak-anak kita yang pintar yang ada sekarang ini supaya mereka yang berminat jadi doktor kita latih, kita beri mereka biasiswa untuk mengisi kekosongan ini dan juga pegawai-pegawai perubatan yang ingin mengambil ataupun kita tawarkan untuk menjadi doktor pakar.
"Kita bagi biasiswa supaya kita ada kecukupan doktor di Sabah. Ini penting untuk rakyat kita sihat untuk rakyat kita ceria dan keluarga yang harmoni perlu sihat.
"Jadi kita berharap program ini mesti diatur (inisiatif) daripada kerajaan negeri menerusi bahagian biasiswa dengan Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya.
Beliau berkata ketika ini sudah banyak program perubatan ditawarkan di universiti tempatan dalam negeri, termasuk di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Berita berkaitan
November 23, 2024, 12:32 pm
Kenaikan tambang bas sekolah tak boleh dielak
November 23, 2024, 12:07 pm
3 termasuk dua aggota polis cedera, kereta peronda dirempuh pacuan empat roda
November 23, 2024, 11:48 am
Mangsa banjir di Semenanjung meningkat, Terengganu paling terkesan
November 22, 2024, 11:08 pm
Pembentangan RUU Pekerja Gig bulan depan ditangguh - Fahmi
November 22, 2024, 10:33 pm
SPRM teruskan siasatan, jejak kewangan aset Tun Daim
November 22, 2024, 2:51 pm
Lelaki korek bebola mata ketika gaduh mengaku bersalah
November 22, 2024, 2:33 pm
Waran tangkap terhadap PM Israel satu kemenangan - Anwar
November 22, 2024, 2:14 pm
Guna dron pantau anggota, pegawai polis 'curi tulang', main golf ketika bertugas
November 22, 2024, 1:36 pm
8 guni ubat haiwan seludup bernilai RM434,200 ditemui di tebing Sungai Golok
November 22, 2024, 1:13 pm