TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Wanita hilang di Shah Alam ditemui selamat di Kuantan  

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

SHAH ALAM 20 Nov. - Seorang wanita berusia 42 tahun, Junaida Abdul Rahim, yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu, ditemui selamat di Kuantan lewat malam tadi.  

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal, mengesahkan perkara itu.  

"Ya, benar. Dia ditemui di Kuantan lewat malam tadi. Ahli keluarga memaklumkan perkara itu kepada kami. Hari ini, dia dijangka pulang ke Shah Alam untuk memberi keterangan kepada pegawai penyiasat," katanya.  

Sebelum ini, Mohd Iqbal memaklumkan bahawa Junaida keluar dari rumah sewanya di Seksyen 17 kira-kira jam 11 pagi untuk ke tempat kerja tetapi tidak pulang dan gagal dihubungi selepas itu.  

Kenderaan Junaida, sebuah Mitsubishi Triton, ditemui di Jalan Ampang berhampiran Neu Suite Condominium tanpa kelibatnya.  

Kehilangannya turut dilaporkan oleh kakaknya, rakan sekerja, dan rakan serumah.  

Dalam perkembangan lain, satu mesej WhatsApp dalam bahasa Inggeris turut tersebar memaklumkan bahawa Junaida telah ditemui.

"Terima kasih atas keprihatinan anda. Kami berasa lega dia selamat. Bagaimanapun, kami tidak dapat berkongsi maklumat lanjut demi menghormati privasi semua pihak. Kami menghargai sokongan, doa, dan keprihatinan anda," kata mesej itu.  

Pihak polis masih meneruskan siasatan bagi memahami punca kehilangan sementara Junaida memberikan kerjasama sepenuhnya. - Media Telus

+ - reset