Berita Berita
Banjir di Terengganu semakin buruk, mangsa di PPS cecah 2,765 orang
KUALA TERENGGANU 20 Nov – Situasi banjir di Terengganu semakin buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah meningkat kepada 2,765 orang setakat 8 pagi ini berbanding 212 orang, malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkan kesemua mangsa yang terdiri daripada 603 keluarga itu ditempatkan di 14 PPS.
Daerah Kemaman mencatat jumlah mangsa paling tinggi dengan 2,584 orang daripada 554 keluarga berlindung di lima PPS manakala di Hulu Terengganu sebanyak 94 orang daripada 25 keluarga berada di enam PPS.
Sebanyak 69 orang daripada 19 keluarga ditempatkan di satu PPS di Setiu, 13 orang daripada empat keluarga dipindahkan ke satu PPS di Marang.
Dungun yang menjadi daerah terbaharu dilanda banjir, merekodkan lima mangsa daripada satu keluarga yang dipindahkan ke satu PPS.
Sementara itu, laman web rasmi https://publicinfobanjir.water.gov.my memaklumkan paras air di Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik, Kemaman, merekodkan 2.26 meter melepasi paras amaran 1.9 meter.
Empat lagi sungai iaitu Sungai Tebak di Jambatan Tebak, Kemaman; Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan, Marang; Sungai Nerus di Kampung Bukit Setiu, Setiu; dan Sungai Terengganu di Rumah Pam Pulau Bahagia (F1), Kuala Terengganu berada pada tahap waspada.
Pada 14 Nov lepas, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) mengeluarkan ramalan awal banjir yang dijangka berlaku di pesisiran pantai Kelantan, Pahang dan Johor (Timur) serta keseluruhan Terengganu bermula Isnin hingga esok. - Media Telus
Berita berkaitan
November 23, 2024, 12:32 pm
Kenaikan tambang bas sekolah tak boleh dielak
November 23, 2024, 12:07 pm
3 termasuk dua aggota polis cedera, kereta peronda dirempuh pacuan empat roda
November 23, 2024, 11:48 am
Mangsa banjir di Semenanjung meningkat, Terengganu paling terkesan
November 22, 2024, 11:08 pm
Pembentangan RUU Pekerja Gig bulan depan ditangguh - Fahmi
November 22, 2024, 10:33 pm
SPRM teruskan siasatan, jejak kewangan aset Tun Daim
November 22, 2024, 2:51 pm
Lelaki korek bebola mata ketika gaduh mengaku bersalah
November 22, 2024, 2:33 pm
Waran tangkap terhadap PM Israel satu kemenangan - Anwar
November 22, 2024, 2:14 pm
Guna dron pantau anggota, pegawai polis 'curi tulang', main golf ketika bertugas
November 22, 2024, 1:36 pm
8 guni ubat haiwan seludup bernilai RM434,200 ditemui di tebing Sungai Golok
November 22, 2024, 1:13 pm